ARKIB

KATEGORI

Buletin

Komuniti Perodua sumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia

Views

Komuniti Perodua, terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya, telah menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untukmengurangkan jumlah hutang negara. Pengerusi Perodua YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya dan disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr)Aminar Rashid Salleh.

Tan Sri Asmat berkata sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangannya mahukan Malaysia yang lebih baik, dan amat berbesar hati menunjukkan tanda sokongan ini. Tabung Harapan Malaysia dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30hb Mei 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara, yang melebihi RM1 trilion menurut Kementerian Kewangan.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu telah menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia setakat akhir bulan Ogos. Perodua memahami bahawa usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan memakan masa yang lama, dan akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaik pulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara.

Untuk tahun ini, Perodua telah memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekal-pembekalnya, yang kebanyakkannya adalah syarikat tempatan. Perodua juga mensasarkan jualan kenderaan sebanyak 209,000 unit tahun ini, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply