Shell Advance telah melancarkan barisan produk pelincir yang diformulasi khusus untuk skuter yang merangkumi minyak sintetik sepenuhnya iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, teknologi sintetik Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance.
Produk baharu ini melengkapi Shell Advance 4T AX 5 Scooter 15W-40 yang telah berada di pasaran sejak 2014 dan memenuhi keperluan khusus populasi skuter yang kian meningkat. Minyak skuter Shell Advance baru, dengan Teknologi PurePlus dan Teknologi Active Cleansing, boleh membersihkan enjin 33% lebih baik dan mengekalkan kestabilan pengoksidaan 43% lebih lama berbanding minyak biasa serta dapat mengekalkan kelikatan 42% lebih lama daripada had API .
Skuter terdiri daripada kira-kira 11 peratus daripada populasi kenderaan dua roda yang berjumlah kira-kira 12 juta di Malaysia dan ianya berbeza dengan motosikal bukan sahaja dari segi rupa luarannya. Enjinnya yang selalunya lebih kecil menjana putaran per minit (RPM) yang lebih tinggi dan beroperasi pada suhu yang lebih tinggi. Skuter juga menggunakan transmisi automatik dan bukannya klac manual.
Berikut adalah harga runcit yang disyorkan (termasuk GST) bagi minyak Skuter Shell Advance:
• Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40 – Sintetik sepenuhnya (1 liter) — RM68.30 (SM)/RM68.70 (MT)
• Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 – Teknologi sintetik (1 liter) — RM32.50 (SM)/RM33.00 (MT)
• Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 (0.8 liter) – RM22.52 (SM)/RM22.80 (MT)
• Minyak Gear Skuter Shell Advance (0.12 liter) — RM12.00 (SM)/RM12.50 (MT)
Shell Advance turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ekspres penukaran minyak bagi motosikal dengan enjin di bawah 250 cc di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan.
Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) telah dipra-uji pada MotoGP™ Shell Malaysia 2016 dengan kejayaan yang begitu mengagumkan. Inisiatif permulaannya akan diuji semasa musim perayaan Tahun Baru Cina di 12 stesen minyak Shell di Lembah Klang, wilayah Utara, wilayah Selatan dan Pantai Timur.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata bahawa SAMCE merupakan penambahan yang penting kepada konsep pusat sehenti syarikat ini untuk pengguna jalanraya, terutamanya penunggang motosikal, di mana syarikat tersebut terus menempatkan kembali ‘servis’ di dalam stesen servis. Untuk maklumat lanjut mengenai barisan lengkap minyak Skuter Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/scooter .
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI