ARKIB

KATEGORI

Buletin

Larangan parkir kenderaan luar pagar rumah berkuat kuasa 1 Januari 2024 – MBPG

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bakal menguatkuasakan larangan meletak kenderaan di hadapan rumah bermula 1 Januari 2024.

Datuk Bandar, Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata keputusan mengikut Undang-Undang Kecil, Jalan, Parit dan Bangunan MBPG itu dibuat pada suatu mesyuarat khas pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan pada Rabu lalu.

Beliau berkata, pada dasarnya, semua ahli majlis MBPG bersetuju dan menerima kertas dasar pelaksanaan larangan itu.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Jelasnya, mulai sekarang sehingga 31 Disember adalah tempoh memberi kesedaran dan pendidikan kepada semua pihak dengan cara pengeluaran notis pemberitahuan kepada yang terbabit.

Pada 4 Oktober lalu, tular satu notis pemberitahuan daripada MBPG mengenai larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah iaitu di luar pagar yang boleh menyebabkan halangan lalu lintas di tempat awam.

Kemudian pada 10 Oktober, Asman selepas satu mesyuarat khas memaklumkan, penguatkuasaan itu akan dilaksana secara berfasa bertujuan menjaga keharmoian masyarakat.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ia berikutan MBPG menerima 349 aduan dalam tempoh awal tahun ini hingga bulan lalu berkait kenderaan diletakkan di depan rumah menghalang laluan.

Asman berkata, MBPG tidak akan terus mengeluarkan kompaun jika penduduk melakukan kesalahan itu kerana siasatan akan dilakukan terlebih dahulu. Pihaknya akan lakukan siasatan dengan berjumpa pengadu dan pemilik kereta.

Notis akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang menghalang laluan dan tempoh sehingga 21 hari untuk pemilik kereta mengambil tindakan penambahbaikan.

Sekiranya tiada tindakan, MBPG akan mengeluarkan kompaun RM100 hingga maksimum RM2,000 bagi kesalahan berulang. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply