ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak penggerak utama MAN TGS jadi pilihan Globonus Sdn Bhd

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan empat unit trak penggerak utama MAN TGS ADR 6×2 kepada syarikat perkhidmatan logistik Globonus Sdn Bhd dari Kedah.

Sempena dengan majlis penyerahan tersebut, syarikat itu turut menempah lima unit lagi untuk keperluan syarikat.

ADR atau “Accord Dangereux Routier” dalam bahasa Perancis bermaksud “Perjanjian Eropah tentang Pengangkut Barangan Bahaya melalui Jalan Raya Antarabangsa” dan merupakan piawaian pengangkutan barangan bahaya menerusi jalan raya.

Pembelian yang baharu ini akan menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam armada kenderaan Globonus yang sedang pesat berkembang. Syarikat tersebut kini mengendali enam unit MAN TGS baharu dan lima unit terpakai.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pengarah Eksekutif Globonus Muhd Jamal Pawanteh berkata syarikatnya memerlukan trak yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai untuk mengangkut pelbagai jenis produk kimia dengan selamat ke seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk ke Thailand.

Tambahnya, trak-trak syarikat berada di jalan raya enam hari seminggu untuk mengangkut produk-produk yang sensitif antaranya urea, cecair ekzos diesel, cecair metanol dan gas ammonia dari pangkalan di Gurun sehingga ke Singapura.

MAN TGS berkuasa Euro V baharu dengan spesifikasi ADR telah mengatasi jangkaan pihaknya menerusi penggunaan bahan api yang cekap, pelepasan yang rendah dan tempoh ketersediaan yang lebih lama.

Para pemandu syarikat teruja dengan kuasa dan tahap pengendalian MAN TGS yang hebat. Sokongan selepas jualan daripada MAN cawangan Prai juga amat baik.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Selaras dengan komitmen Globonus terhadap kemampanan dan neutral karbon, enjin Euro V MAN TGS dengan pelepasan yang rendah telah membolehkan syarikat mengurangkan jejak karbon dalam armada kenderaannya dan memenuhi syarat ketat sesetengah pelanggan syarikat multinasional.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berjanji akan memastikan bahawa trak-trak ini disokong oleh operasi Pengurusan Khidmat Pelanggan syarikat yang sentiasa dipertingkatkan.

Pihaknya sentiasa berusaha untuk menaik taraf servis dengan mengambil lebih ramai juruteknik yang berkelayakan selain meningkatkan kemahiran mereka dengan latihan MAN Technical.

Syarikat juga sedang dalam proses untuk membaharui kumpulan van MAN Mobile Service untuk memastikan respons yang lebih pantas sekiranya berlaku masalah.

Trak MAN dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemapanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply