ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tan Sri Datuk Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil letak jawatan sebagai Pengerusi Bukan-Eksekutif DRB-HICOM Berhad

Views

DRB-HICOM Berhad dalam satu kenyataan ringkas mengumumkan perletakan jawatan Y Bhg Brigadier Jeneral (K) Tan Sri Datuk Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif di syarikat tersebut berkuatkuasa mulai 1 April 2018. Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Syed Faisal Albar yang mewakili Ahli Lembaga Pengarah berkata, Tan Sri Datuk Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil telah menjadi tunjang kepada syarikat dan sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menjadi Pengarah Urusan Kumpulan selama 10 tahun sebelum mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif pada 1 Mac 2016.

Di bawah kepimpinannya, beliau telah membawa DRB-HICOM ke dalam perairan tanpa had dan memperluaskan perniagaan kumpulan untuk memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan. Pandangan jauh beliau menyaksikan pemerolehan kumpulan ke dalam sektor pos dan logistik iaitu Pos Malaysia Berhad dan Pos Logistics Berhad. Visi ini dibuktikan oleh pertumbuhan e-Dagang yang terkini di mana Pos Malaysia kini mendapat faedah.

Kumpulan DRB-HICOM juga meneroka sektor Aeroangkasa melalui pengambilalihan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di mana pendapatan syarikat meningkat dari RM2 bilion kepada RM11 bilion di bawah pengawasan beliau. Selain itu, semasa berkhidmat sebagai Pengerusi, DRB-HICOM berjaya menamatkan pencarian rakan strategik yang sesuai untuk Proton dengan memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding.

Lembaga Pengarah DRB-HICOM dan syarikat-syarikat kumpulannya bersama-sama dengan semua pekerja ingin mengucapkan terima kasih kepada Y Bhg Tan Sri atas sumbangannya yang tidak ternilai dalam menjadikan kumpulan DRB-HICOM hingga ke tahap sekarang. Syarikat akan mencari calon pengganti yang sesuai sebagai Pengerusi kumpulan dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply