ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki larikan Proton Persona dipercayai bermotifkan curi, positif syabu

Tular

Views

Kejadian kes lelaki melarikan sebuah Proton Persona di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang, di Ranau, semalam dipercayai bermotifkan curi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai hendak mencuri kenderaan namun ketika kejadian terdapat kanak-kanak di dalam kenderaan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Suspek dipercayai hendak mencuri kenderaan namun ketika kejadian terdapat enam murid sekolah rendah di dalam kereta berkenaan dan kita turut membuka kertas siasatan atas kesalahan melarikan orang dengan salah.

Bagaimanapun siasatan polis menjurus kepada kejadian yang berlaku. Simiun berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine atau syabu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan 365 kanun sama.

Semalam, tular video seorang lelaki ditahan polis dengan dibantu orang awam selepas mencuri sebuah kenderaan jenis Proton Persona di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang, kira-kira jam 5 petang.

Ketika kejadian terdapat enam murid SK Pinousuk di dalam kenderaan berkenaan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply