ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Sisipan perincian ringkas Proton S70 (SS11) mengikut varian tertiris! Flagship X takde kit badan?

Foto Tiris

Views

Hari meriah laman sosial dengan kisah mengenai model sedan pengganti Prevé yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, iaitu S70 (SS11).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong turut mengesahkan tempahan model sedan ini mula dibuka hari ini (1 November 2023) dengan bayaran sebanyak RM500.

Selain mengumumkan nama rasminya, Proton turut mengumumkankan cogan kata (tagline) bagi S70 iaitu “Intelligence that Evolves“.

Terbaharu, foto sisipan perincian ringkas S70 (SS11) telah tertiris dan dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Mohd Sabri Mohd Sirah.

Menurut senarai yang dipaparkan, S70 (SS11) akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berikut adalah perincian perincian ringkas S70 (SS11) mengikut varian:
Varian 1.5T Executive
  • Rim aloi bersaiz 16-inci
  • Lampu hadapan jenis halogen
  • Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
  • 5 slot USB, 4 pembesar suara
  • 6 beg udara
  • Paparan meter monokrom bersaiz 3.25-inci
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Kawalan Jelajah
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantua Tukar Lorong
  • Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – ressolusi 1024 x 600 Linux
Varian 1.5T Premium (tambahan dari varian 1.5T Executive)
  • Bolong pendingin hawa di belakang
  • Lampu hadapan jenis LED
  • Pendingin hawa automatik
  • Jejalur lampu belakang
  • Lampu hadapan  automatik
  • Kemasan dalaman jenis kulit buatan (leatherette)
  • Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang

 

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian 1.5T Flagship (tambahan dari varian 1.5T Premium)
  • Rim aloi bersaiz 17-inci
  • Bukaan pintu but belakang induktif
  • Paparan meter jenis TFT bersaiz 10.25-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
  • Tempat duduk pemandu kuasa
  • Pengecas nirwayar
  • Kamera 360 darjah
  • Sistem pemantau tekanan tayar
  • Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0 sama seperti model X90) – Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA) dan APA tidak ditawarkan.
  • Arahan Suara (Hi Proton!)
Varian 1.5T Flagship X (tambahan dari varian 1.5T Flagship)
  • Bumbung suria (sunroof)

Jika dilihat kepada perincian ringkas tersebut, agak menghairankan varian 1.5T Flagship dengan 1.5T Flagship X hanya dibezakan dengan penambahan bumbung suria (sunroof) sahaja.

Difahamkan, Proton menawarkan aksesori kit badan penuh dan spoiler kecil pada pintu but belakang sebagai aksesori pilihan dan bukannya untuk varian Edisi Khas atau R3 nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Sabri Mohd Sirah

Foto rasmi Proton S70 (SS11)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply