ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima faktor yang membuatkan anda ingin memiliki Proton Persona serba baharu

Views

Tempahan untuk model Proton Persona serba baharu yang akan dilancarkan pada 23 Ogos 2016, kini telah pun dibuka. Untuk membuat tempahan pelanggan boleh mengunjungi mana mana bilik pameran Proton yang berhampiran dan membuat bayaran tempahan sebanyak RM300 (bayaran akan dikembalikan dalam sebarang keadaan).

Sudah pasti anda ingin tahu apakah faktor yang boleh menyebabkan anda teruja untuk memiliki model sedan terbaharu Proton ini. Kami senaraikan lima faktor utama untuk anda membuat penilaian yang terbaik:

ruang dalaman persona 2016 - beg udara

1. Ciri keselamatan keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh
Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan selain faktor pemanduan dan pengendalian yang tersendiri yang yang tidak perlu diulas secara terperinci lagi kerana ia sudah sinonim dengan model  jenama Proton. Model ini mendapat pengikitrafan 5-Bintang ASEAN NCAP untuk kesemua varian.

Ciri ciri keselamatan terkini seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Mendaki (Hill-hold Assist), ISOFIX dan top tether, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-kunci (ABS) adalah standard untuk semua varian kecuali enam (6) beg udara (untuk varian Premium).

meter panel persona 2016

2. Enjin yang lebih ekonomikal penggunaan petrol
Persona generasi ke-2 ini dikuasakan oleh enjin VVT 1.6L yang digandingkan dengan transmisi manual atau CVT yang mampu memberikan penjimatan petrol. Ia  juga merupakan kereta Proton pertama yang mempunyai indikator bagi bantuan pemanduan ECO. Sudah pasti ciri ini boleh membuatkan poket anda lebih selamat.

Selain itu, Persona baharu ini lebih senyap setelah jurutera Proton berjaya memperhalusi beberapa perkara termasuklah rekabentuk sistem ekzos, penggunaan bahan penyerap bunyi dan gegaran, rekabentuk tapak enjin yang baharu dan pelbagai pengukuhan struktur untuk menghasilkan satu jentera yang tinggi tahap kehalusannya dari segi NVH.

ruang bagasi persona 2016

3. Ruang kabin yang selesa dan but yang luas
Ini merupakan salah satu faktor utama yang akan mempengaruhi pembelian sesebuah kereta. Persona baharu juga menyerlahkan ciri-ciri keanggunan dan praktikal. Dengan bahagian dalaman yang luas, tempat duduk yang direka secara ergonomik dan susun atur konsol, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

rekabentuk depan persona 2016

4. Rekabentuk yang bergaya dan menawan
Persona baharu diperlihatkan dengan penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang berani dan maskulin. Bentuk lampu yang bergaya dengan pencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang, sensor pada sekeliling kereta, rim aloi 15” serta lampu depan berelektrik boleh diubah aras.

Semua ciri ini menjadikan kereta baharu ini lebih diperhalusi, kemas dan memberi lebih nilai untuk wang anda. Kami yakin pandangan anda akan lebih tertumpu kepada bahagian bumpar depan yang mempunyai rekaan ala misai Wak Doyok tu! Nampak unik dan tersendiri.

ruang kabin varian premium

5. Harga yang dijangka lebih kompetitif dan lebih nilai
Harga indikatif bagi Proton Persona baharu ini adalah dari RM47,000 hingga RM61,000 di Semenanjung Malaysia dan dari RM49,000 sehingga RM63,000 di Timur Malaysia. Ia didatangkan dengan 3 varian – Standard, Executive dan Premium (dengan dan tanpa bodykit), dengan 6 warna pilihan – Cotton White, Fire Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Quartz Black dan warna terbaharu, Carnelian Brown.

Untuk masa terhad Proton memperkenalkan tawaran pengenalan dengan tiga (3) tahun Servis Percuma* (termasuk alat ganti dan upah) tertakluk pada terma dan syarat untuk pelanggan yang membuat tempahan sehingga 30 September 2016. Selain itu model Persona generasi baharu turut diberi waranti selama lima (5) tahun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di [email protected]. Selain itu anda juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Ingin memiliki Proton Persona serba baru..
    Lima faktor yang disebutkan kesemuanya lebih baik berbanding Persona sebelumnya.. Enjin yang lebih ekonomikal penggunaan petrol mendapat penarafan euro 4.. Bezza juga mendapat penarafan euro 4 standard emisi untuk enjinnya..


  • Ada beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir kenapa ciri-ciri Persona lama tidak lagi digunapakai untuk Persona baru:

    1. Sistem penutup bonet belakang menggunakan ‘goose-neck’ hinge (akan menghentak bagasi yang cukup2 isi muat) berbanding ‘strut-type’ hinge yang digunakan Persona lama yang lebih mesra ruang. (Langkah jimatkan kos?)
    2. Tiada side bolster untuk kerusi belakang (sokongan sisi). Nampak agak flat seperti Bezza. (Tidak pasti samada headrest built-in dapat menyokong kepala & menyediakan whiplash protection againts rear impact).
    3. Tayar yang agak nipis (185/55 R15) berbanding Persona yang lama (195/60 R15). Ini menyebabkan ruang di antara tayar & wheel arches agak ketara. Elok sekiranya ditebalkan kepada 185/60 (vios/vento) @ 185/65 (almera) @ 175/65 (City), untuk lebih keselesaan & lebih elok rupa side proportion.
    4. Nisbah ketinggian rooftop vs. tayar lebih dari 3:1, menyebabkan rupa Persona baru dari sudut pandangan sisi menjadi sangat ganjil (ala-ala Tata Nano). Tips #3 seperti di atas boleh membantu.


    • 5. dan juga Armrest kat tengah, salah satu ciri keselesaan bagi family car dan juga tempat menyimpan barang (cut cost jugak?)


    • No..3 saya paling setuju.. Guna saiz sama seperti Persona lama saiz 195/60 R15 ataupun sama seperti Honda jazz/Fit saiz 185/55 R16.. Besarkan tayar atau besarkan rim.. Dengan ini ruang diantara tayar & wheel arches tidak terlalu ketara..


  • 1. boss baru
    2. Perdana 2016
    3. upgrade/rebranding 3S & 4S, aftersales
    4. penyelarasan model/enjin
    5. Persona 2016
    6. Saga 2016
    7. kompak MPV

    diharapkan impak dan improvement positif dalam Proton berterusan.


    • bonet bukan buka hari2 bro..lgpun kalau nk mantap kena pakai besi tebal, kalau besi tebal kereta jadi berat, kalau kereta berat FC tinggi, kalau FC tinggi xde orang nak beli kereta.
      bonet mantap dengan FC mana satu yang penting bro?

      kalau nak serba serbi mantap, kena beli Merc or Volvo. mantap sepadan dengan harga..kereta nak murah tapi semua nak mantap tu susah nak jumpa dalam dunia ni.


      • Cadangan bro..perodua punya boot pn sama..if p1 bole buat why not? Dulu buat passpot 1 bulan. Then 1 minggu, skrg imigresen bule buat 1 hari..

Leave a Reply