ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Bezza kini cecah 19k unit

Views

Perodua mencatat satu lagi rekod dengan menerima tempahan 19,000 unit model sedan segmen A mereka yang pertama Bezza, dan kini hampir 6,000 sedang dalam proses untuk dihantar kepada pemiliknya. “Sejak dilancarkan pada 21 Julai lalu, 5,000 unit Perodua Bezza telah pun dihantar dan kami menjangkakan tambahan 1,000 unit lagi dalam masa terdekat,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Dari segi pecahan penghataran, sebanyak 42 peratus adalah bagi varian Bezza 1.3L Advance,  43 peratus untuk Bezza 1.3L Premium X dan 15 peratus lagi untuk varian Bezza 1.0L. Model ini merupakan kenderaan keluaran pertama Perodua yang rekaan badan atasnya direka sepenuhnya oleh anak Malaysian. Proses merekabentuk telah bermula sejak 2014 dengan sokongan dari rakan Perodua dari Jepun, Daihatsu.

Perodua melabur sebanyak RM300 juta untuk membangunkan Bezza dan model tersebut mempunyai sebanyak 95 peratus kandungan tempatan. Ia dikeluarkan di kilang bertaraf EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang dilengkapi kelengkapan canggih dengan lebih 75 peratus penggunaan automasi.

Bezza didatangkan dengan enam pilhan warna yang menarik termasuklah dua warna baharu Sugar Brown dan Ocean Blue khusus untuk varian 1.3L selain warna sedia ada Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White. Perodua menggunakan cat mesra-alam berasaskan air yang menghasilkan kemasan yang lebih baik dan menarik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments


  • ekon outlets kanan kiri tu kasi ejas molek sket. apa benda “tenggelam” dalam sangat?

    seat blkg yg org kata tegak tu aku rasa ok je, std perodua dr zaman myvi 1st gen.


    • Mmm… depa judge by perception kot. company anak syarikat toyota mesti produk pun ok punya:) Kereta nie tampak bergaya bila keadaan statik x dinafi tapi bila bergerak terutama ambil selekoh, huhu… terbayang citer mr. bean kereta roda tiga yg selalu kena buli dgn mr. bean tu:)hehe… Awat kurus n jinjang bebenor tayar n body tu?. Dah mcm burung kedidi plak tengoknya…:). gurau. Lagi satu, nape belakang tonggek sgt? Lampu blakang du dh smart dah. segan plak kalau kereta nie jual kat luar negara. sib baik akan guna logo daihatsu kn? Even puji gak la kehalusan n ketelitian design rekaan bahagian lampu depan tu, dashboard juga bersesuaian n di luar jangkaan yg ianya adalah sebuah kereta dari segment A. Walaupun sebenarnya sy x suka sgt rekaan lampu depan mcm chery mpv tu. Tapi kalau dihasilkan tirus seperti altis, mgkin dipertimbangkan:)

      Rekaan stereng pun tampak ekslusif tapi yg premium jer la. lagi… masa gie tgk showroom tu, depa buka bonet blakang kasi test duduk seat dpn amik feel dlm kereta tu. Ironinya nape pintu blakang depa lock so just tengok gitu2 jer. Tak tau la tempat lain mcmana. Mgkin salesmean lupa nk unlock pintu blakang tu kot;P Seat yg tegak… xlah tegak sgt tapi agak tegak, kurang sesuai utk model sedan. Kalau hatchback tu gagah lagi la sebab kegunaannya lebih sebagai kereta bandar. Mcm seat bas rapid yg plastik tu utk kawasan perbandaran berbanding seat bas ekspres yg empuk utk long distance… tapi ini kes tegak tu… perlu difikirkan utk generasi ke 2 bezza. dannn satu lagi… awat model 1.0 auto xde cd player? aduss… cd player still relevan nowdays walaupun ada alternatif usb port utk dgr lagu. kalau ada album baru beli cd xbleh nk play kat dlm kereta le jawabnyer.

      my 2 cents.

      Cheers!


      • hahahahahha..yg mcm cerita mr bean tu kelakau pulak baca..

        yer betul..1.0 perlu ada cd player..tp mcm pemandu muda zaman sekarang x layan sangat cd..diorang lebih kpd radio dan usb je.. bab lock pintu belakang tu tempat sy x pula jd..maybe sebab salesman lupa unlock

        tp..1 je.. salesman tempat sy macam redha..
        ayat salesman tu ” kereta ni dari Daihatsu je..x perlu expect tinggi..spring belakang lembut..naik ramai boleh terjongket kt depan “.. ni pun antara faktor Perodua perlu perbaiki utk next gen. Bezza

        apa pun..sy bg kredit utk Perodua sbb 1st sedan dari mereka..even ad la beberapa aspek perlu diperbaiki especially bon*** belakang tu..hehe


      • majoriti pembeli Malaysia ambil kira harga murah, resale value tinggi, jimat minyak, dan kos selenggara dan apa2 teknologi yang boleh bawa manfaat utk semua faktor ni.
        safety features dan feel memandu kurang dihargai, jauh sekali seni reka yg boleh mencerminkan identiti pemilik.
        mentaliti memilih kereta banyak dipengaruhi trend Jepun tapi ekosistem pemilikan kereta masih tak berubah. harga kereta tinggi, tempoh pinjaman terlalu panjang dan tiada sistem pelupusan kereta. kumpulan kereta dah jadi 3 kelompok besar, kereta lama yg dah tak selamat, kereta baru dan murah yang kurang ciri safety, dan kereta baru dengan teknologi & pelbagai ciri safety dengan harga yang mahal.


  • alhamdullillah kereta rakyat sebenar telah mandapat sambutan ramai..diharapkan agar reliable dan memenuhi kehendak org kebanyakan


  • orang beli sebab dia kete toyota…memang pandangan belakang amat menjengkelkan dan lebih baik tak payah pandang daripada pandang sisi belakang..macam out of proportion…


  • Kereta ni lebih sesuai utk pakcik2 pencen. Tp kalau yg muda2 try lenjan, tiba diselekoh mungkin boleh terbalik sebab nampak mcm thp gravitinya yg kurang baik. Hrp jgn bawa laju2 ye adik2. Nak tengok video bezza yg dilenjan di trek mcm persona. Ade dak video tu?


  • nak tahu kenapa hot selling

    rating. loan utk. bank senang. sebab. perodua. dok tangga teratas. untul dapat loan,

    kereta harga manpu milik. utk keluarga. yang xnampu nak pakai. keta mewah, good job perodua

    sebab. ketahanan perodua. ni lai sikit. akak aku myvi 1st gen. until. now still mantop. almost 12 tahun. compare ngan. iriz aku hahahahha. bunyi. macam macam. , nak tolak. kena topup. tinggi. so dunno

    proton. org dah fobia. gan. finishing quality ini hakikat,. ni persona. mcm mcm dia taruk dalan. so. siap sedia. jadi. bahan. uji kaji. ok utk yang 1 st batch

    kita tak tolak. proton. tapi. kita syaang proton , be a good quality. jangan pakai. 4 bulan. mcm macam. hal. like my iriz. ok.


  • Syabas Perodua…!!
    Adakah perodua akan membina sedan B-segmen menggunakan platform Myvi,memandangkan sedan Bezza mendapat sambutan menggalakkan.. Khabarnya Perodua akan menghidupkan kembali model kembara SUV menggunakan platform sedia ada.. Teruskan usaha jurutera-jurutera rekabentuk Perodua..


    • Kalau benar Kembara akan dijelmakan kembali, sy yakin pasti akan dpt sambutan hangat krn trend terkini suv kompak mula menjadi pilihan. Lepas tu Proton baru terhegeh-hegeh nak buat suv nk lwn Kembara.


    • Lotus dijangka akan memasarkan SUV ringan berkuasa tingginya pada 2018 sebagai pesaing kepada Porsche macan.

      Manakala Proton akan rebadge sebagai SUV pertama Proton untuk pasaran dalam Malaysia. Tertakluk kepada perubahan pentadbiran baru


      • Ya.. Saya ada terbaca artikel berkaitan Jean-Marc Gales CEO Lotus membuat kenyataan bahawa Lotus SUV ringan dan berkuasa tinggi akan dipasarkan bermula 2018 keseluruh dunia.. Dan Proton akan rebadge SUV tersebut pada tahun berikutnya 2019 untuk pasaran dalam Malaysia..

Leave a Reply