ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota sekali lagi terima Anugerah Emas ‘Putra Brand Awards 2016’

Views

Untuk tahun yang kelima berturut-turut, Toyota berjaya menggondol Anugerah Emas dalam Kategori Automotif, Putra Brand Awards 2016. Ini juga merupakan kali ketujuh jenama tersebut menerima anugerah sejak acara berprestij itu bermula pada tahun 2010.

“UMW Toyota Motor, yang mewakili jenama Toyota sejak 1982, begitu berbangga untuk menerima Anugerah Emas ini sekali lagi, untuk tahun kelima berturut-turut. Kami tahu Toyota merupakan jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia dan sangat berterima kasih kepada semua yang memberikan maklum balas positif mengenai Toyota tetapi juga terutama kepada semua pelanggan kami di seluruh negara,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

Putra Brand Awards tahun ini mempertandingkan 24 kategori anugerah jenama perdana di Malaysia. Ia dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia dan disahkan oleh Matrade dengan sokongan Persatuan Penjenamaan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media.

Dengan menggunakan kaedah penyelidikan pengguna yang dibangunkan oleh rakan kongsi Effective Measure, lebih 6,000 pengguna telah ditemuramah untuk menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan setiap kategori yang dianugerahkan Emas, Perak dan/atau Gangsa untuk jenama yang paling digemari.

Tahniah Toyota!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply