ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus 3-Eleven – Model produksi Lotus terpantas kini di Malaysia

Views
RFQ Tengku Djan Lotus 311

Lotus Cars Malaysia baru baru ini memperkenalkan supercar terbaharu Lotus 3-Eleven di Malaysia. Dua variasi Lotus 3-Eleven akan ditawarkan iaitu Road dan Race, yang membezakan versi Race dengan Road adalah aerokit yang lebih aggresif, kotak gear berjujukan (sequential gearbox) dan kerusi pemandu yang yang mematuhi syarat FIA dengan abah-abah enam titik.

Dengan berat kering di bawah 900 kg (versi Race), Lotus 3-Eleven mampu memecut mampu memecut dari 0-60 mph dalam masa kurang daripada 3.0 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 174 mph (280 km/h) untuk versi Race dan 180 mph (290 km/h) untuk versi Road. Ia juga merupakan kereta pengeluaran Lotus terpantas pernah dihasilkan, dan berjaya memecah membuat pusingan terpantas di litar Hethel dengan catatan masa 1 minit 22 saat.

Lotus 3-Eleven dijana oleh enjin 3.5-litre V6, versi dipertingkatkan yang mula diperkenalkan pada Evora 400 dan ia mampu menghasilkan kuasa output maksima 450hp (456 PS/336 kW) pada 7000 rpm dan 450 Nm tork. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi manual close-ratio enam-kelajuan dengan limited slip differential jenis-Torsen yang menampilkan pemasangan cekam berprestsi dan penyejuk minyak sebagai ciri standard untuk versi Road. Untuk versi Race, ia dilengkapi transmisi enam-kelajuan berjujukan dan pedal penukar gear tangan.

Model ini juga sarat dengan pelbagai komponen berprestasi tinggi seperti rim aluminium yang ringan, angkup brek empat-pot dari AP Racing, sistem Brek Anti Kunci (ABS) yang ditala oleh Lotus, pilihan tayar Michelin Pilot Super Sport atau Michelin Cup 2, bar anti-roll, dan spring Eibach springs dengan peredam boleh laras Öhlins.

Pengeluaran global Lotus 3-Eleven adalah terhad kepada 311 unit kereta setahun dan harga bagi model ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pesaingnya. Untuk versi Road harga yang ditawarkan bermula dari RM 640,855 manakala untuk versi Race pula berharga RM 868,214. Jom kita ikuti temubual ekslusif kami bersama pemilik pertama Lotus 3-Eleven di Malaysia, Jeffry Talib.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply