ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siri Jelajah Toyota GO 2017 diteruskan sepanjang Mei ini

Views

Keriangan dijangka berterusan dengan Siri Jelajah Toyota GO 2017 bakal diteruskan sepanjang Mei ini. Karnival yang membuka tirai pada bulan lalu di Aeon Kinta City, Ipoh membawa bilik pameran Toyota kepada orang ramai supaya mereka dapat melihat dan mengalami sendiri pelbagai variasi model keluaran Toyota. Sepanjang bulan ini, Toyota GO 2017 akan menjelajah ke beberapa lokasi terpilih, termasuk tiga lokasi di Malaysia Timur. Lokasi dan tarikh adalah seperti berikut:

No.BulanTarikhMasaKawasanTempat
1Mei6-710pg – 10mlmTengahAEON Mall, Shah Alam
26-710pg – 10mlmSelatanAngsana Mall, Johor Bahru
36-79pg – 9mlmSarawakBoulevard Mall Outdoor Carpark, Miri
412-1310pg – 10mlmPantai TimurAEON Mall, Kota Bharu
513-149pg – 9mlmSarawakSibu Gateway, Sibu
620-2110pg – 10mlmPantai TimurStadium Darul Makmur, Kuantan
720-219pg – 9mlmSarawakTravillion, Kuching

Di lokasi karnival ini pengunjung dapat mengetahui dengan lebih lanjut pelbagai model Toyota yang kini berada dipasaran bermula dari MPV kompak Toyota Sienta sehingga ke trak paling laris jualannya di Malaysia, Toyota Hilux. Pengunjung juga dapat memandu uji pelbagai juga model Toyota dan untuk mereka yang ingin membuat pembelian, pelbagai tawaran hebat menanti di sana.

Toyota GO 2017 juga menawarkan pakej pembiayaan untuk pinjaman sewa-beli, manakala TopMark (anak syarikat UMW Toyota Motor) juga akan menawarkan model Toyota terpakai yang berkualiti dan menilai harga kenderaan semasa pelanggan. Di sana juga pelanggan Toyota juga dapat menyemak status kenderaan mereka sekiranya terlibat dalam Kempen Servis Khas untuk penukaran inflator beg udara Takata dan proses penggantian boleh terus dibuat di lokasi karnival.

Paling menarik adalah penampilan kereta lumba Vios untuk perlumbaan Toyota Vios Challenge di beberapa lokasi terpilih selain peluang untuk bersua dengan selebriti popular yang bakal bersaing dalam perlumbaan tersebut. Perlumbaan ini merupakan sebahagian daripada festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing yang bakal beraksi pada bulan Ogos nanti.

Selain itu pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga akan memeriahkan karnival dan ini termasuklah Outdoor Night Theatre dan Petting Zoo di beberapa lokasi terpilih. Golongan dewasa dan anak-anak mereka boleh mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Layari laman sesawang rasmi Toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply