ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Esprit dibatalkan?

Views

Info terkini yang saya dapat melalui www.autoblog.com mengatakan Lotus Esprit telah dibatalkan. Ini menambah lagi kekalutan yang sedang berlaku dalam Kumpulan Lotus setelah pemecatan Dany Bahar sebagai CEO. Dany Bahar pula sedang memfailkan saman terhadap DRB HICOM dan Lotus sebanyak $10.6 juta kerana memecatnya. Dikatakan situasi di Lotus kian meruncing kerana kekurangan dana dan kehilangan arah tujuan. Apakah situasi ini bakal menambahkan lagi beban hutang Lotus dan memungkinkannya untuk dijual kita nantikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

* lepas DRB HICOM beli Proton dan Lotus macam-macam cerita tak best saya dengar, info mengenai model baru pun semakin kurang, seolah-olah kehilangan arah tujuan dan menyepi begitu sahaja, hehehe… 🙂

IKLAN : Jom tempah t-shirt crew kahwin yang COOL & GEMPAK!!! Klik sini http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/05/jom-tempah-t-shirt-crew-kahwin-yang-cool-gempak/

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


  • Sekarang ni most model proton ada backlog about 2-3 bulan.. exora, preve, among others.. semua backlog.. Rasanya DRB sedang buat pemantauan rapi terhadap semua model proton untuk memastikan kualiti exceed standard. Better kualiti dari kuantiti… cuba tanya-tanya budak-budak kilang proton? kot kot ada info boleh korek..?


    • saya ada tanya sorg. Sekarang deorg mmg x suke management baru. Project sekarang semua dekal shah alam. ye la bro, pergi tandas pun x leh lama.. kene la nak berak ker..


    • Kalau sebab nak quality over quantity, takpe la. Asalkan quality bagus. Tapi kalau backlog lama sangat pun susah jugak ye dak. Saya pun pengguna Proton. Tapi kecewa dengan small things dalam kereta Proton macam interior finishing yang mana saya rasa boleh improve lagi. Tapi yang penting, aftersales punya service kena improve lagi. Saya pergi service kat dealer jauh lebih baik dustomer service berbanding COE Kesas. Empat, lima kali pegi COE, samo gak, camno eh. Ingat nak beli preve pasni, tapi fikir panjang gak ni.


      • Agree bro campro…aku pun heran jugak dgan org skrang…Proton dh jadi fully Swasta Company but still org mseh stuck dgan pemikiran under Gov..dlam blog PT tu lagi la…dgan politik nya Proton under Gov..then umno la..bn la..make change la..pe ntah kena mengena dgn Automotive…pening2..hermmm…


      • Apa nak heran bro… proton tu dia take over dia buat mcm tu… yg pos msia tu dia associate company je..tp buat mcm company sendiri.. siphone out cash yg bayk milik pos… geng2 pos dh tak puas hati..tunggu masa je minoriti shareholder bergabung nk hentam drb.. something wrong with DRB… if Proton tak buat apa2..silap2 Proton boleh lingkup….


  • Projek esprit tu kan hala tuju lotus, ok dah strategi tu cuma drb kena kawal kos jer supaya takde pembaziran mcm perks mewah utk executives atau masuk race series tak menguntungkan cam Indycar dan F2 dihentikan. Plan asal si Bahar tu ok cuma DRB patut scale down sket je kpd projek Esprit dan Elise gen baru supaya dpt ikut kemampuan kapasiti Lotus. Kalau Esprit dan Elise baru dah ada hasil lumayan baru boleh sambung balik dgn Elite dan Eterne.

    Kalau projek Esprit hanco, apa Lotus nak jual dlm 2 3 tahun nnt. Takkan nak jual Evora dan Exige je memanjang. Kalau betulla DRB memang rancang nak jual Lotus dari awal, sume exec DRB termasuk syed bukhari aku sumpah seranah, tak halalkan makan minum diorang & duit aku akan cuba sedaya upaya tak sampai kat tgn diorang. Biar kebulur Gardenia lepas ni sampai bila2.

    Tu belum citer Proton lagi yg skrg ni senyap je. Kalau lingkup proton tak tau la apa nak jadi nnt.


  • Mmm. Pening gak le bila pikirkn drb nie. Selain kena pandai tadbir urus, yg lebih penting gak adalh membuat keputusan tepat n bijak. Kalu bab nie x lepas, jgn harap nk lepas bab2 lain. Ari tu plan dah cantik dah, siap dpt pembiayaan bank lagi tu, teruskn jer la. Xkn bila proton dah dptkn bntuan kewangn utk pemulihan lotus tu, tiba2 nk scrap plak. Ker duit tu nak labur n pusing kat benda lain? Tau la drb gak ada buat pelaburan besar kat salah sebuah hospital terkemuka di turki tu.


  • mendejadahlahh korang ni.aku yakin dgn DRB.aku yakin dgn syed mokhtar albukhary.konglemerat bumiputra.cuba bukak website DRB.tgklah aset dan perniagaan diaorg.bg aku, tipikal DRB bro.this is serious business..buang apa yg patut dibuang.n kepada yg memandai kata espirit tu lotus.banyakkn membaca.espirit is lotus immitation of ferraris n mclarens. jgn dimain dgn permainan org lain hingga nk tikam orang sendiri.


  • UPDATE: And this, friends, is why we have this story with a question mark and a Rumormill tag – Lotus is denying that the Esprit has been killed off.

    Saya pernah kerja dengan korporat. Orang berniaga ni biasala, make money from others money (buat pinjaman untuk modal berniaga), monetary profit main goal, dan satu lagi motto korporat/kapitalis ni semuanya berkisar dollar and cents. Kalau kita jadi tauke pun, mesti tak suka invest kat employee yang malas dan main2 kan? Sama la dengan DRB ni. Rasanya diorang ni nak serapkan budaya kerja yang baik dan implementation melalui disiplin kerja. Sebenranya dalam Islam pun dah jelas cerita tentang ikhlas ni. Tapi orang putih panggil integriti. kalau setakat tak boleh hisap rokok lama2, tak boleh pergi tandas lama2 betullah tu. Sepupu saya kerja di Matsushita (Panasonic) waktu kerja habis 5 petang kalau kat punch card tu betul2 5.00pm atau 5.01 pm supervisor jepun tu panggil esok sebabnya? Dari lokasi kita bekerja nak ke punch clok tu kurang2 ambik masa 2 minti. kalau pukul 5 dah punch maknya perkerja tadi tu tinggalkan kerja dia dalam 4.58pm maknanya tak cukup masa dia bekerja.

    Jangan dimanjakan sangat. Ramai lagi orang yang bersungguh2 nak bekerja kat luar sana. Kerja-kerja sambil lewa ni dapat diterjemahkan kepada kereta2 proton yang kurang kualiti dan asyik rosak tu sebenarnya.


  • rasanya generasi baru esprit telah lama dirancang. saya masih lg menyimpan majalah autocar 6-7 tahun lepas yg menceritakan perihal esprit generasi baru.

    sayang sekali jika ia dibatalkan kerana esprit merupakan ikon bg lotus. diharapkan projek itu diteruskan. melainkan ada campur tgn
    dari pihak yg ingin melihat lotus gagal
    di bawah proton.

Leave a Reply