Perodua akan meningkatkan jualan eksport tahun ini sebanyak 79 peratus kepada 1,960 unit berbanding 1,094 unit pada tahun 2023 berikutan sasaran yang dibuat oleh syarikat kereta kompak itu bagi meluaskan pasaran eksportnya.
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke Brunei dengan sasaran jualan masing-masing sebanyak 120 unit serta 40 unit.
Di samping itu, Perodua turut mengeksport model Bezza 1.0L G ke Brunei dengan jangkaan jualan sebanyak 300 unit, menjadikan jumlah sasaran keseluruhan jualan tahun 2024 di negara berkenaan sebanyak 460 unit.
Pada tahun 2023, Perodua telah mencatat jualan sebanyak 300 unit Bezza 1.0L G ke Brunei, menjadikannya pasaran eksport terbesar syarikat berkenaan pada tahun lalu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pihaknya menjangka tahun 2024 akan menjadi tahun pertama pengembangan pasaran eksport.
Ini kerana mereka kini berada di tahap yang mana ekosistem automotif Malaysia sudah mampu untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Beliau menjangka pertumbuhan yang berterusan di dalam pasaran eksport Perodua berikutan pengembangan agresif yang dijalankan oleh syarikat berkenaan di dalam operasinya di samping keupayaan pengeluaran para pembekalnya.
Tambah beliau, Brunei adalah pasaran eksport pertama dipilih bagi tujuan pengembangan operasi tanpa menjejaskan peruntukan domestik.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Malah, Perodua telah berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk semua model popular dan mempunyai stok tersedia bagi sesetengah model kenderaan.
Di samping itu, sasaran mereka untuk meningkatkan pasaran eksport juga akan memberikan peluang yang lebih besar kepada para pembekal untuk turut sama meningkatkan jumlah jualan selaras dengan keperluan bagi komponen alat ganti.
Berikut adalah harga jualan model-model Perodua di pasaran negara Brunei (harga termasuk cukai jalan dan insurans):
- Alza AV – B$30,900
- Alza H – B$27,900
- Axia AV – B$21,900
- Axia G – B$17,900
- Bezza 1.0L G – B$16,900
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI