Proton berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 17.1 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2023, dengan 11,025 unit (domestik dan eksport) terjual berbanding 9,415 unit pada April tahun lalu.
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga telah meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada 49,702 unit yang terjual dari Januari hingga April 2023.
Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi pasaran automotif Malaysia pula juga meningkat kepada anggaran 59,100 unit untuk tempoh yang sama, dengan jumlah terkumpul sebanyak 261,345 unit bagi tahun ini.
Proton juga berjaya mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif di Malaysia dengan pegangan pasaran dianggarkan pada 18.7 peratus pada bulan April, manakala pegangan pasaran dalam tahun ini dijangka pada 19.2 peratus.
Jualan eksport turut memainkan peranan penting dalam prestasi syarikat, melonjak sebanyak 38.5 peratus dari 603 unit kepada 835 unit sejak awal tahun sehingga bulan April.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Model SUV, Proton X50 kembali memimpin carta jualan segmen-B, meskipun menghadapi persaingan yang semakin sengit dengan jualan 1,642 unit pada bulan April.
Proton S70 turut mendahului carta jualan model sedan segmen-C sejak awal tahun, dengan 1,635 unit terjual pada bulan April. Bagi tahun 2024, ia telah mencapai jualan terkumpul sebanyak 7,463 unit.
Model terlaris syarikat iaitu Proton Saga, mencatatkan jualan sebanyak 5,031 unit pada bulan April dengan jualan awal tahun sehingga kini meningkat 8.8 peratus kepada 23,278 unit.
Untuk model-model yang lain pula, Proton X70 berjaya mencapai jualan 552 unit, Proton Persona dan Proton X90 masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 1,429 unit dan 312 unit.
Model hatchback segmen B, Proton Iriz turut menambah 424 unit kepada jumlah jualan April, membawa jumlah jualan awal tahun sehingga kini kepada 1,958 unit.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, penyusutan TIV sebanyak 16.8 peratus pada bulan April berbanding Mac 2024, mungkin disebabkan oleh tempoh cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, permintaan berterusan untuk model Proton diperkukuh lagi oleh usaha berterusan dalam penambahbaikan kualiti dengan skor Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) yang lebih baik sejak 2019.
Sejak awal tahun, jualan eksport Proton telah meningkat sebanyak 38.5 peratus kepada 835 unit berbanding 603 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Proton Saga mengungguli jualan eksport dengan 427 unit terjual sejak awal tahun.
Proton X50 pula menduduki tempat kedua dengan 176 unit terjual, manakala Proton S70 merekodkan 89 unit dalam pasaran eksport tunggalnya, Brunei, untuk empat bulan pertama tahun ini.
Tambah Roslan Abdullah, Proton telah menambah Trinidad dan Tobago ke dalam portfolio eksport dan mengukuhkan semula kedudukannya di Bangladesh.
Ujarnya lagi, pihaknya yakin pasaran akan melonjak kerana masih terdapat banyak permintaan daripada pembeli kereta.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI