ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai

Berita Global

Views

Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Kumpulan itu, terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun, dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Greenway, selepas aduan diterima daripada penduduk setempat.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kol. Pol. Apichat Wannako berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi, dan pihaknya menerima laporan daripada penduduk yang bimbang dengan keselamatan jalan raya di kawasan terbabit.

“Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan mendapati enam kereta berdaftar di Malaysia yang telah diubah suai digunakan untuk memandu secara berbahaya.

 

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan dan menjejaki suspek,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut Apichat, semua suspek telah mengakui kesalahan mereka dan membayar denda sebanyak 5,000 Baht setiap seorang sebelum dibebaskan pada Ahad.

Beliau turut mengingatkan pelancong agar mematuhi undang-undang di Thailand bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang. – Sinar Harian/Bernama

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply