ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAI dan MIDF jalin Pakatan Strategik tingkatkan daya saing vendor dalam industri automotif Malaysia

Views
MARii Design Center Launch Video

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Pembangunan Kewangan Industri Malaysia Berhad (MIDF) telah menjalinkan pakatan strategik untuk melancarkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF bagi memperkasakan keupayaan dan menyelaraskan sokongan kewangan kepada Pengeluar Komponen dalam industri automotif. Kolaborasi unik ini menggabungkan kapisiti program pembangunan MAI dengan kapasiti pembiayaan industri MIDF bagi menghasilkan program pembangunan komprehansif untuk rantaian bekalan automotif di Malaysia.

MAI mempunyai kapasiti modul pembangunan seperti Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP) dan Sistem Pengeluaran Bersandar (LPS) yang direka untuk meningkatkan produktiviti dalam operasi pembuatan vendor, memberi tumpuan kepada mewujudkan vendor bertaraf dunia untuk industri automotif domestik yang lebih kompetitif dan mapan.

Program ASEP bermula dengan penilaian secara keseluruhan dalam disiplin utama automotif, termasuk pengurusan, keupayaan teknikal dan kewangan. Syarikat-syarikat itu kemudian dilatih selama 10 bulan dalam bidang penambahbaikan yang dikenal pasti oleh jurulatih yang diiktiraf oleh MAI.

Program LPS pula menumpukan kepada peningkatkan kecekapan dan produktiviti operasi pembuatan dalam vendor automotif. Vendors akan menjalani program bimbingan satu-sama-satu yang diketuai oleh jurulatih pakar industri yang diiktiraf oleh MAI. Vendor yang telah melengkapkan program ASEP dan LPS akan layak mendapat pembiayaan untuk melaksanakan aktiviti berkaitan Pengilangan Pintar dan Industri 4.0 dalam operasi mereka.

Aktiviti ini adalah kunci kepada pembangunan produk dan keupayaan proses rekabentuk yang selari dengan piawaian dan amalan automotif global, kerana kenderaan masa hadapan dan komponen automotif dijangka akan meningkatkan kompleksiti fungsi, proses dan bahan. Kolaborasi antara MIDF dengan MAI ini bakal membantu pengeluar automotif tempatan selain menyokong penyedia perkhidmatan automotif untuk mencapai piawaian antarabangsa dan sedia untuk pasaran global.

Program ini dijangka membiayai 120 syarikat dengan jumlah bantuan pembiayaan sehingga RM200 juta antara 2018 dan 2020. Sehingga kini, MIDF telah membantu syarikat dalam sektor automotif dengan pembiayaan berjumlah RM544.8 juta. Kolaborasi ini dijangka akan meningkatkan jumlah pekerjaan bernilai tinggi dan peluang perniagaan dalam industri automotif Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply