ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Proton Suprima S Refinement ditemui lagi!

Views

Sekali lagi rakan pembaca kami terserempak dengan kelibat unit ujian Proton Suprima S Refinement. Kali ini ia telah berjaya dikesan oleh Imran Rahim di Lebuhraya PLUS sekitar Seremban, menghala ke utara. Dikatakan unit ujian ini dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi kerana menyedari ia sedang diekori. Suprima S Refinement bakal mendapat pakej NVH yang lebih baik dan senyap, penggunaan tiga cagak enjin, warna baharu dan berkemungkinan enjin CamPro IAFM digugurkan dari senarai penjana kuasa (untuk model Prevé) dan tinggal hanya enjin 1.6 liter turbo sahaja.

BACA >> INTIP : Proton Suprima S Refinement sedang diuji!

Menurut info terkini, kami difahamkan Proton bakal memperkenalkan Prevé Refinement, tetapi agak menghairankan Suprima S Refinement buat masa ini tiada dalam perancangan. Itulah yang menyebabkannya bertambah misteri. Apa pun, kami akan cuba dapatkan info terkini dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply