ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines terima pesawat pertama Boeing 737-8

Berita Tempatan

Views

Syarikat induk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) semalam telah menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 pertamanya.

MAG berkata pesawat itu merupakan sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman para pelanggan, kecekapan operasi dan memenuhi keperluan pertumbuhan rangkaian masa depan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ia mempunyai nilai perolehan kontrak 25 unit pesawat 737-8 melalui pajakan operasinya dengan Air Lease Corporation, yang akan dihantar secara beransur-ansur sehingga 2026.

Pesawat itu, yang mempunyai nombor pendaftaran 9M-MVA, berlepas dari Pusat Penghantaran Boeing Seattle Isnin lepas pada 10.20 pagi waktu tempatan ke Honolulu dan Guam (Amerika Syarikat) sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

Penerbangan MH5041 itu yang diterbangkan oleh Kapten Mohd Ezaddin Roslan, Kapten Izahariman Ibrahim dan Kapten Arian Syazwara Adenan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.30 pagi dengan jumlah masa penerbangan selama 21 jam 45 minit.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dihiasi dengan ‘livery‘ bendera Malaysia yang dibanggakan serta motif songket dan logo wau, MAG berkata ketibaan pesawat itu disambut dengan semburan air dan dijadualkan melakukan penerbangan komersial sulungnya pada 20 November dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Menurut MAG, pesawat 737-8 itu mempunyai ciri hiburan dalam penerbangan tanpa wayar yang canggih, mempamerkan pelbagai jenis kandungan yang ditetapkan bagi meningkatkan pengalaman hiburan dalam penerbangan kepada penumpang dengan pilihan yang mencukupi.

Sama seperti pesawat B737-800 NG, 737-8 akan menawarkan konfigurasi tempat duduk yang terdiri daripada 12 tempat duduk dalam kelas perniagaan dan 162 tempat duduk dalam kelas ekonomi, katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Airlines

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply