ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta elektrik Xiaomi SU7 ‘muncul’ di portal MIIT China – Tiga varian, dua pilihan rangkaian kuasa

Berita Global

Views

Pengeluar telefon pintar, Xiaomi telah memohon lesen jualan untuk model kereta elektrik (EV) pertamanya di China, Xiaomi SU7 sedan.

Model ini akan dipasang secara pemasangan kontrak oleh Beijing Automotive Industry Holding Co. Ltd (BAIC), dan bukannya Xiaomi. Sebelum ini, ia dikenali dengan namakod MS11.

Beberapa foto dan juga spesifikasinya telah pun dimuatnaik ke portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT).

Dari segi dimensi, SU7 berukuran 4,997 mm panjang, 1,963 mm lebar dan jarak rodanya pula 3,000 mm. Ia akan ditawarkan dengan dua pilihan saiz roda, iaitu 19-inci (245/45 R19) dan 20-inci (245/40 R20).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam foto yang disiarkan itu, Xiaomi menunjukkan dua versi yang berbeza, satu dengan lidar yang dipasang di belakang cermin hadapan dan satu lagi versi tidak dilengkapi dengan peranti tersebut.

Kita juga dapat melihat kamera pada tiang-B, dan berkemungkinan ia akan didatangkan dengan fungsi nyahkunci menggunakan pengecaman wajah.

Dua pilihan rangkaian kuasa ditawarkan, iaitu versi pacuan roda belakang (RWD) dengan motor berkuasa 220 kW dan versi pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa maksimum 495 kW.

Pek bateri LFP dibekalkan oleh BYD untuk varian lebih murah dan bateri ternari NMC untuk varian premiumnya pula dibekalkan oleh CATL.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Berat kerb SU7 pula adalah 1,980 kg dan kelajuan maksimanya telah dihadkan kepada 210 km/j untuk model spesifikasi rendah. Bagi varian mercu, ia mempunyai berat kerb 2,205 kg dengan kelajuan maksima 265 km/j.

Menurut dokumen yang telah difailkan kepada MIIT, tiga varian akan ditawarkan, iaitu SU7, SU7 Pro, and SU7 Max. Ada beberapa varian akan ditawarkan dengan sayap belakang aktif.

Sistem pengoperasian SU7 akan dikuasakan oleh HyperOS, sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi yang boleh digunakan pada peranti pintar dan kereta.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi ETC yang membolehkan pemandu membayar tol secara automatik tanpa perlu memberhentikan kenderaan mereka.

Fasa pengeluaran besar-besaran model empat-pintu, lima-tempat duduk ini akan bermula pada Disember 2023, manakala penghantarannya pula dijadualkan pada Februari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply