ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAS2025: Blueshark perkenal jenama baharu SoloEra di Malaysia Autoshow 2025 – Bakal lancar tiga model skuter elektrik mampu milik

Berita Tempatan

Views

Blueshark, peneraju mobiliti elektrik dua roda di Malaysia hari ini memperkenalkan jenama baharu SoloEra bersempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025).

SoloEra akan mempertontonkan tiga model motosikal elektrik baharu, iaitu Solo 1, Solo 2, dan Solo 3 di reruai Petronas, Dewan A, MAEPS Serdang, bermula 9 hingga 15 Mei 2025.

Pelancaran rasmi ketiga-tiga model skuter berkenaan dijangka akan berlangsung pada Jun 2025. Menurut wakil Blueshark, SoloEra dibangunkan sebagai penyelesaian mobiliti elektrik yang bernilai tinggi, mesra bajet dan mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Tambahnya, motosikal ini a mengekalkan kepakaran teknologi syarikat seperti sistem pertukaran bateri pintar dan penyelesaian kenderaan elektrik pintar, namun dengan pendekatan rekaan dan harga yang lebih menyeluruh untuk pengguna arus perdana.

SoloEra bukan sekadar motosikal elektrik baharu, ia mewakili visi masa depan mobiliti peribadi yang mampan, pintar dan inklusif.

Ketiga-tiga model akan dipasang di fasiliti Glenmarie, Shah Alam oleh EP Manufacturing Berhad (EPMB) bermula Jun 2025 dan turut berkongsi barisan pengeluaran dengan produk-produk Blueshark sedia ada.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Reka bentuk SoloEra membawa falsafah “ringkas dan berfungsi”, dengan fokus kepada kecekapan kos, kemudahan penggunaan, dan penyesuaian kepada gaya hidup moden.

Ia disasarkan kepada penunggang motosikal harian yang mencari alternatif lebih hijau, tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Langkah ini turut menyokong sasaran kerajaan untuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik dua roda (2WEV) sebagai sebahagian daripada peralihan tenaga negara.

Ia sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta hasrat Malaysia mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply