ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAS2025: MG Motor Malaysia buka tempahan MGS5 EV – Dua varian, harga anggaran RM115,000

Berita Tempatan

Views

MG Motor Malaysia mempertontonkan SUV elektrik segmen-B terbaharunya, MGS5 EV bersempena dengan Malaysia Autoshow 2025.

Dengan anggaran harga bermula dari RM115,000, MGS5 EV ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu COM dan LUX.

Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Arctic WhiteMonument SilverCamden GreyDynamic Red, dan Elegant Latte. Model ini juga dilengkapi dengan kemasan dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.

Pihak MG turut mengumumkan pakej eksklusif ‘early bird‘ termasuk pengecas AC Wallbox 7kW percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan dengan yuran RM500 sepanjang acara tersebut berlangsung.

Varian COM ditawarkan dengan pilihan sama ada dengan bateri 49kWj (jarak WLTP sehingga 340km) atau 62kWj (sehingga 430km).

Varian LUX pula dilengkapi bateri 62kWj secara standard dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW, dengan masa pengecasan 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 26 minit.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Kedua-dua varian menggunakan motor tunggal pacuan roda belakang (RWD) dengan kuasa 170PS dan 250Nm daya kilas, yang turut disokong pengecasan 7kW AC.

MGS5 EV varian LUX dilengkapi ciri-ciri mewah seperti:

  • Roda aloi 18 inci
  • Bumbung matahari panoramik
  • Tempat duduk fabrik kulit dengan logo MG
  • Tempat duduk pemandu larasan kuasa
  • Stereng kulit dengan sistem pemanas
  • Pad pengecas tanpa wayar
  • 6 pembesar suara premium
  • Pintu belakang kuasa dan
  • Kamera 360 darjah pandangan sekeliling

Tambahan ciri-ciri lain seperti lampu depan LED dengan DRL ‘Racing Flag’, lampu belakang khas MG, serta fungsi Vehicle-to-Load (V2L).

Selain itu, MGS5 EV turut dilengkapi dengan:

  • Skrin inforia 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar
  • Instrumen digital 10.25 inci
  • Sistem sambungan MG iSMART untuk kawalan pintar
  • Ruang but sehingga 1,441 liter dengan petak bawah lantai yang praktikal

Reka bentuk bateri mendatar ultra-nipis bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memberikan pusat graviti rendah untuk kestabilan tambahan. Sistem kawalan tekanan pintar pula memanjangkan jangka hayat bateri dan menambah baik keselamatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, dengan pilihan bateri 49kWj dan 62kWj untuk kedua-dua varian, MGS5 EV menawarkan kepraktisan, nilai dan fleksibiliti dunia sebenar untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup.

Pengunjung Malaysia Autoshow 2025 berpeluang untuk memandu uji MGS5 EV serta melihat barisan lengkap MG termasuk MG5, MG4, MG HS dan MG Cyberster.

Pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster pula akan menerima:

  • Pakej pengecasan Tanpa Had selama 1 tahun dengan JomCharge
  • Pengecas AC Wallbox 7kW percuma
  • Model diecast eksklusif edisi terhad

Rebat RM5,000 untuk MG5 dan MG HS turut ditawarkan untuk para pengunjung, manakala pemilikan MG4 boleh didapati serendah RM974/bulan.

MG Motor Malaysia, dengan kerjasama Bridgestone Malaysia, juga akan menganjurkan dua bengkel awam, iaitu ‘Kenali Tayar dan Teknologi EV’ dan ‘Penjagaan Tayar dan Pengetahuan untuk Setiap Pemandu’ pada:

Tarikh: 9–11 Mei | Masa: 1.30pm & 3.30pm
Lokasi: Dewan A02, MAEPS, Serdang
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply