ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAS2025: Penampilan umum pertama smart #5, tempahan smart #1 BRABUS Edisi Terhad dibuka

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya, smart Malaysia tampil di pentas Malaysia Autoshow 2025, menerusi kemunculan sulung SUV elektrik baharu, smart #5 dan membuka tempahan bagi smart #1 BRABUS Edisi Terhad.

Kedua-dua model ini bukan sekadar menunjukkan kemajuan jenama dalam mobiliti elektrik, malah membuktikan komitmen smart Malaysia terhadap gaya hidup pintar, berprestasi dan berinovasi untuk generasi pemandu yang semakin celik teknologi dan menghargai kelestarian.

smart #5

Model smart #5 memperkenalkan jenama ini ke dalam segmen SUV elektrik bersaiz sederhana yang lebih lasak dan mewah yang dicipta untuk memenuhi gaya hidup pengembara moden.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, smart #5 menandakan satu evolusi berani dalam dunia SUV elektrik. Ia menyatukan reka bentuk premium, teknologi canggih, dan semangat pengembaraan.

Reka bentuknya tampil berani dengan cermin sisi dua tona, logo terapung pada rim, dan pelbagai elemen ‘easter egg’ yang menonjolkan identiti unik.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Ruang dalamannya pula menampilkan kemasan kayu Oak, lampu suasana 256 warna, dan konfigurasi tempat duduk fleksibel untuk keselesaan maksimum.

smart #5 mempunyai ruang simpanan belakang 1,530 liter, ‘frunk’ 72 liter dan 34 ruang kompartmen, sesuai untuk gaya hidup aktif dan moden.

Dari segi teknologi, SUV ini menggunakan cip AMD V2000 dan smart OS berasaskan Unreal Engine, lengkap dengan paparan AR-HUD 25.6 inci, sistem bunyi Sennheiser Signature dengan 20 pembesar suara dan avatar AI ‘Leo’.

Jarak pandu sehingga 590km (WLTP) dipacu oleh bateri 100kWj dan pengecasan pantas 800V (10 hingga 80 peratus hanya dalam 15 minit) menjadikan ia antara EV paling praktikal di pasaran.

Mod pemanduan off-road serta port V2L 3.3kW membolehkan pengguna menggunakan peralatan elektronik di luar grid dan sesuai untuk aktiviti luar. Anda boleh mendaftarkan minat di PAUTAN INI.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

smart #1 BRABUS Edisi Terhad

smart Malaysia turut membuka tempahan untuk model smart #1 BRABUS Edisi Terhad yang dibangunkan bersama BRABUS Kuala Lumpur, versi ini tampil dengan sentuhan prestasi dan gaya eksklusif:

  • Kit aerodinamik BRABUS (spoiler, diffuser, fascia hadapan)
  • Spring sport untuk pengendalian lebih rendah (-35mm)
  • Rim BRABUS Monoblock Z 19 inci (rekaan10 jejari)
  • Kabin dengan jahitan merah, kemasan eksklusif dan injak aluminium

Harga rasmi smart #1 BRABUS Edisi Terhad dijangka diumumkan menjelang Jun 2025.

Promosi eksklusif Malaysia Autoshow 2025

Sebagai ganjaran kepada pengunjung, smart Malaysia menawarkan:

  • Akses ujian pandu awal smart #5
  • Bumper kit BRABUS percuma (untuk tempahan smart #1 BRABUS terpilih)
  • Rebat tunai 10 peratus
  • 4 tahun servis percuma untuk model smart #1 dan smart #3

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply