Perodua ‘mengacah’ pengunjung ke Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan menampilkan pratonton eksklusif model kenderaan elektrik (EV) pertamanya dalam bentuk ‘potongan separuh‘.
Ini merupakan pendekatan unik yang mendedahkan bukan sahaja reka bentuk luarannya, malah sistem dalaman dan kejuruteraan di sebalik pembangunan EV tersebut.
Model prototaip ini adalah kemuncak kepada perjalanan elektrifikasi Perodua setakat ini, dan pengunjung diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan simulasi EV ini yang disediakan khas di reruai Perodua.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pameran ini menunjukkan bahawa Malaysia berkemampuan untuk menerima dan menyesuaikan teknologi EV sebagai teknologi kita sendiri,
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Menurut beliau, penyertaan Perodua di MAS 2025 bertujuan untuk memaparkan pelbagai inisiatif yang sedang dan telah dijalankan oleh pengeluar kereta nasional itu dalam menyokong agenda elektrifikasi negara.
Selain prototaip EV potongan separuh, dua lagi bahan pameran turut ditonjolkan oleh Perodua yang dijangka menarik minat pengunjung, terutamanya penggiat industri dan pencinta teknologi hijau.
Model X06E merupakan hasil kolaborasi antara Perodua dan Politeknik Muadzam Shah, satu inisiatif yang menyaksikan para pelajar teknikal tempatan membangunkan prototaip hibrid elektrik (HEV) dan elektrik penuh (BEV) secara aktif.
Jelas Datuk Sri Zainal, kerjasama ini membuktikan bahawa pelajar teknikal kita mampu menghasilkan teknologi sebegini. Misi syarikat adalah untuk membangunkan ekosistem automotif negara dan memindahkan pengetahuan ini kepada semua rakyat Malaysia.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Katanya lagi, Perodua mahu menjadi pemangkin dalam membina negara melalui projek pembangunan bakat tempatan agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh dalam masyarakat.
Melangkah lebih jauh dalam inovasi tenaga bersih, Perodua juga memperkenalkan kerjasama dengan Emerald Horizon, sebuah syarikat dari Austria, bagi membangunkan sumber tenaga alternatif berasaskan thorium, satu unsur nadir bumi yang berpotensi digunakan dalam penjanaan kuasa.
Perodua berharap pembangunan ini mampu menyediakan kaedah alternatif bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga elektrik daripada bahan api fosil.
Tenaga daripada bahan nadir bumi ini boleh menjadi penyumbang besar dalam mengurangkan jejak karbon negara.
Setakat ini, Perodua telah mula memanfaatkan tenaga solar dan gas asli di kilangnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Perodua dan Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI