ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025

Berita Tempatan

269Views

PRO-NET sekali lagi mencuri tumpuan pengunjung di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) dengan menampilkan model EV terbaharu mereka, iaitu Proton e.MAS 5.

Model kompak segmen-C ini tampil buat pertama kali untuk tontonan umum dengan dilitupi pelekat rekaan khas yang unik untuk menambahkan lagi elemen keterujaan.

Ia diposisikan sebagai alternatif lebih kecil dan bergaya berbanding Proton e.MAS 7, namun masih mengekalkan kecerdasan sistem pintar serta elemen mesra pengguna yang sinonim dengan jenama e.MAS.

Dalam sesi pengumuman rasmi bersama media, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata,

“Proton e.MAS 5 adalah gambaran visi syarikat untuk era baharu mobiliti elektrik, direka khas untuk generasi muda Malaysia – membentuk masa depan yang lebih pintar, lebih hijau, dan lebih menyeronokkan.”

 

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) 2025, e.MAS 5 menyasarkan pemandu muda dan pembeli EV kali pertama.

Usaha ini juga menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan 80 peratus jualan kenderaan baharu terdiri daripada EV (xEV) menjelang 2050.

Sempena penampilan sulung model baharu ini, PRO-NET turut melancarkan kempen “Electrify Your Life” yang berlangsung dari 8 Mei hingga 31 Julai 2025.

PRO-NET mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan slogan kreatif secara atas talian dan berpeluang memenangi hadiah bulanan serta hadiah utama iaitu sebuah Proton e.MAS 5.

Penyertaan boleh dihantar ke https://emaselectrifycontest.pronet.my/. Para pemenang akan diumumkan semasa jelajah akhir di Central i-City pada 24 Ogos 2025.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Berikut adalah lokasi kempen jelajah:

  • TRX Mall, Kuala Lumpur (22–25 Mei)
  • Gurney Paragon, Pulau Pinang (13–15 Jun)
  • AEON Mall, Melaka (27–29 Jun)
  • Paradigm Mall, Johor Bahru (3–6 Julai)
  • Central i-City, Shah Alam (21–24 Ogos)

Majlis hari ini turut menyaksikan penutupan ASEAN Unity Drive, satu ekspedisi bersejarah sejauh 9,000km merentasi 9 negara dalam masa 16 hari menggunakan Proton e.MAS 7.

Dianjurkan oleh MARii di bawah MITI, dan disokong PRO-NET sebagai penaja utama, konvoi ini bermula dari Jakarta dan menamatkan perjalanan di Kuala Lumpur, setelah singgah di bandar seperti Hanoi, Manila, Bangkok, Singapura dan lain-lain.

Inisiatif ini bukan sahaja menguji keupayaan EV buatan tempatan, malah turut menegaskan komitmen Malaysia terhadap kelestarian dan inovasi rantau melalui jalinan kerjasama serantau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply