ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAS2025: SUV hibrid mewah GWM TANK 500 HEV dilancarkan – Harga RM328,800

Views

GWM Malaysia telah melancarkan model SUV hibrid mewahnya, GWM TANK 500 HEV bersempena dengan Malaysia Autoshow 2025.

Dengan slogan ‘Hanya Untuk Yang Berani’, SUV ini direka untuk pengembara moden yang mahu menakluk laluan mencabar tanpa mengorbankan keselesaan dan gaya.

Hanya satu varian sahaja yang ditawarkan dan SUV tujuh-tempat duduk ini dijual pada harga RM328,800 atas jalan tidak termasuk insurans. Pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Crystal Grey, Hamilton White, dan Sun Black.

Mengikuti kejayaan model TANK 300 yang mencatat lebih 600 unit terjual dalam masa kurang setahun, TANK 500 HEV melangkah lebih jauh dalam mendefinisikan semula pengembaraan mewah.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

SUV ini tampil dengan gaya rekaan berani dan elegan, dengan ukuran dimensi 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, dan 1,905 mm tinggi, serta jarak roda 2,850 mm.

Dari segi kuasa, jantung mekanikalnya adalah gabungan enjin 2.0L turbo 4-silinder dan sistem hibrid pintar, disalurkan melalui transmisi automatik hibrid 9-kelajuan.

Hasilnya ialah output kuasa 255 kW (346 PS) dan daya kilas mengagumkan 648 Nm — angka yang meletakkannya dalam kelas yang tersendiri untuk segmen SUV mewah.

SUV ini turut dilengkapi sistem All-Terrain Pintar dengan 11 mod pemanduan, termasuk TANK Turn dan Off-road Cruise Control, membolehkan pemandu menyesuaikan pemanduan mengikut pelbagai jenis permukaan dengan mudah.

Ruang kabin, TANK 500 HEV dilengkapi dengan:

  • Tempat duduk NAPPA bersama fungsi urut dan pengudaraan,
  • Sistem audio premium Infinity,
  • Tangga sisi elektrik untuk kemudahan keluar masuk,
  • Paparan casis telus, dan
  • Sistem bantuan pemanduan tahap 2 (ADAS) untuk keselamatan tambahan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Struktur badannya pula dibina menggunakan bahan ultra-kuat dan disertakan enam beg udara. Ia juga menawarkan susun atur tiga baris tempat duduk untuk tujuh penumpang.

GWM Malaysia turut menawarkan pakej jaminan antara paling komprehensif di pasaran, iaitu:

  • Waranti seumur hidup untuk enjin, transmisi dan sistem HEV (pemilik persendirian pertama),
  • Waranti 8 tahun / 200,000km untuk bateri, dan
  • Waranti kenderaan keseluruhan 6 tahun tanpa had perbatuan.

Sempena pelancarannya, 100 pembeli terawal akan menerima set hadiah edisi terhad, manakala pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ditawarkan untuk tempoh terhad.

Lebih daripada 600,000 unit TANK telah terjual di seluruh dunia, dan GWM kini memegang lebih 50 peratus penguasaan pasaran SUV off-road di China untuk 52 bulan berturut-turut.

Kini, dengan kehadiran TANK 500 HEV di Malaysia, GWM jelas mahu menetapkan penanda aras baharu untuk segmen SUV mewah yang lasak dan pintar.

Kunjungi reruai GWM di Hall A, Booth A03, Malaysia Autoshow 2025, dari 9 hingga 15 Mei 2025 untuk melihat dengan lebih dekat SUV hibrid mewah ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply