ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim Malaysia masih beroperasi dan sedang berbincang dengan pihak berkuasa

Berita Tempatan

Views

Susulan laporan dan perhatian media kebelakangan ini, Maxim Malaysia tampil memberikan penjelasan rasmi bagi memperkukuh kepercayaan awam serta menjelaskan kedudukan syarikat dalam industri e-hailing tempatan.

Pihak Maxim Malaysia mengesahkan bahawa mereka masih beroperasi sepenuhnya di seluruh negara dan kini sedang menjalankan perbincangan aktif dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menyelesaikan isu berbangkit dengan kadar segera.

Fokus utama syarikat adalah untuk mengekalkan reputasi yang dibina sejak mula beroperasi kira-kira lima tahun lalu, serta memberikan maklumat yang jelas kepada pengguna, rakan kongsi, vendor dan pihak berkepentingan lain.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

“Sejak awal, keselamatan awam adalah keutamaan kami,” tegas Maxim. Menerusi aplikasi mereka, pelbagai perkhidmatan ditawarkan dengan jaminan pengalaman yang selesa dan selamat.

Semua pemandu rakan kongsi wajib menjalani pemeriksaan dokumen dan latar belakang secara menyeluruh bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Maxim Malaysia beroperasi dengan lesen perantaraan, yang membolehkan mereka menyediakan platform penghubung antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Di samping itu, Maxim turut menjalin kerjasama erat dengan JPJ dan sekolah memandu seluruh negara bagi membantu pemandu rakan kongsi mendapatkan lesen PSV dengan pantas dan mengikut saluran sah.

Dalam menyentuh sumbangan syarikat terhadap ekonomi negara, Maxim Malaysia menjelaskan bahawa mereka telah menyokong pertumbuhan pendapatan keluarga melalui peluang ekonomi gig yang inklusif, termasuk dengan menyediakan ciri mesra OKU dalam aplikasinya.

Ini sejajar dengan aspirasi nasional untuk membina ekonomi digital yang lebih menyeluruh. Maxim akan terus mematuhi undang-undang negara, bekerjasama dengan kerajaan dan membantu Malaysia membangunkan teknologi IT dalam industri e-hailing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply