ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda CX-5 baharu lebih cun dan mantap

Views

Akhirnya setelah lama mengusik di laman maya, Mazda memperkenalkan model SUV CX-5 serba baharu secara rasmi di Los Angeles Auto Show 2016. CX-5 serba baharu tampil dengan gaya yang lebih menggiurkan dan rekaannya banyak mengambil inspirasi model CX-3 dan CX-9. Mazda berkata, mereka mahu mencipta sebuah kenderaan yang menepati ungkapan ‘kegagahan yang diperhalusi’.

Badan CX-5 baharu lebih lebar 10 mm berbanding dengan model sebelumnya dan ia menampakkannya lebih rendah, seolah-olah lebih melekat di jalan. Tiang-Anya pula telah ditolak sedikit ke belakang kira kira 35 mm dan menampilkan gril/jeriji rekaan baharu. Rekabentuk lampu depan dan belakangya lebih nipis, garis bumbungnya lebih curam dan tiang-C yang tajam memberikan visual sporty kepada model tersebut.

Rekaan dalaman juga diberi nafas baharu dan dirombak semula dengan kehadiran stereng tiga-cabang, butang penghidup enjin dan paparan skrin warna bersaiz 4.6-inci. Selain itu terdapat satu lagi skrin bersaiz 7-inci pada bahagian atas papan pemuka, yang menyerupai model terkini keluaran Mercedes-Benz. Tidak ketinggalan sistem bunyi premium dari Bose yang bakal menyedapkan halwa telinga dan sistem sambungan Mazda Connect yang berfungsi bersama telefon pintar.

2017-mazda-cx-5-3

Mazda CX-5 baharu akan menerima penjana kuasa diesel 2.2-liter SkyActiv-D serta enjin petrol SkyActiv-G 2.0 dan SkyActiv 2.5 pancitan-terus yang digabungkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan automatik atau enam-kelajuan manual. Pacuan roda hadapan adalah standard, namun Mazda akan turut menawarkan versi pacuan semua-roda.

Dari segi keselamatan pula, casis CX-5 baharu telah diperkukuhkan dan hasilnya ia lebih tegar 15.5 peratus berbanding model sebelumnya. Ini adalah hasil dari penggunaan keluli tegangan-tinggi-ultra (ultra-high-tensile steel) pada tiang-A dan B. Aerodinamik model ini juga telah dipertingkatkan dan bunyi jalan telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.3 dB apabila melalui pemukaan yang kasar.

Antara ciri ciri canggih lain yang terdapat pada model CX-5 baharu ini termasuklah Radar Kawalan Pelayaran Mazda (Mazda Radar Cruise Control) dan Pengecaman Papan tanda Trafik yang mampu membaca had kelajuan dan papan tanda jalan yang lain dan akan dipaparkan pada skrin 4.6-inci. CX-5 baharu turut dilengkapi dengan sistem daya kilas/tork vektor (torque vectoring system) yang membolehkan daya kilas/tork diubah mengikut input stereng, sekaligus mampu mempertingkatkan kebolehan pemanduan dan pengendalian (ride and handling).

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-mazda-cx-5-1 2017-mazda-cx-5-3 2017-mazda-cx-5-5 2017-mazda-cx-5-6 2017-mazda-cx-5-11 2017-mazda-cx-5-19 2017-mazda-cx-5-20 2017-mazda-cx-5-21 2017-mazda-cx-5-22 2017-mazda-cx-5-23 2017-mazda-cx-5-25 2017-mazda-cx-5-27 2017-mazda-cx-5-38 2017-mazda-cx-5-39 2017-mazda-cx-5-40 2017-mazda-cx-5-41 2017-mazda-cx-5-42 2017-mazda-cx-5-43 2017-mazda-cx-5-44 2017-mazda-cx-5-45 2017-mazda-cx-5-46 2017-mazda-cx-5-47

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply