ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alfa Romeo Stelvio buat kemunculan di Los Angeles Auto Show 2016

Views

Selepas dijamu dengan SUV Mazda CX-3 baharu berperisa ramen Jepun sebentar tadi, kami membawa pula Pasta istimewa dari Itali, SUV Alfa Romeo Stelvio yang baharu sahaja mendarat di Los Angeles Auto Show 2016. Stelvio turut berkongsi pelantar yang sama dengan model sedan Giulia dan foto foto yang dimuat naik ini adalah versi Quadrifoglio.

Bukan sahaja berkongsi pelantar, Stelvio juga berkongsi jantung yang sama, enjin 2.9-liter twin-turbocharged V6 dengan Giulia Quadrifoglio. Penjana kuasa ini mampu menghasilkan 505 hp dan 443 lb-ft tork serta memecut dari 0-60 mph (96 km/h) dalam masa 3.9 saat dengan kelajuan maksima mencecah 177 mph (284 km/h).

Model ini turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua-roda bersama pemvektoran tork (torque vectoring) yang memberikan pengendalian yang mantap dalam semua keadaan. Ia turut dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik yang mampu membuat penukaran gear dalam masa hanya 100 millisaat.

alfa-romeo-stelvio-8

Selain versi Quadrifoglio, model ini turut ditawarkan daam varian asas dan Ti. Kedua-duanya mendapat enjin empat-silinder 2.0-liter turbocharged yang mampu menjana 280 hp dand 306 lb-ft tork, sekaligus ia mampu memecut sehingga 144 mph (231 km/h). Ia digandingkan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik dan sistem pacuan semua-roda.

Alfa Romeo menawarkan sistem mod pemanduan Kawalan Domain Casis dan DNA (Chassis Domain Controller and DNA (DNA Pro untuk versi Quadrifoglio) yang membolehkan kereta tersebut untuk mengubah kuasa yang diperlukan untuk setiap putaran roda. Untuk varian asas dan Ti, ia mempunyai tiga mod asas Natural, Dynamic dan Advanced Efficiency, manakala versi Quadrifoglio mendapat tambahan satu mod lagi iaitu Race.

Secara visual, rupa Alfa Romeo Stelvio banyak mengikut rekaan Giulia, tetapi Stelvio Quadrifoglio mempunyai satu set pengekstrak udara di atas hudnya. Bahagian kokpit Stelvio juga hampir sama dengan Giulia dan turut dilengkapi dengan skrin sesentuh bersaiz 6.5-inci sebagai ciri standard (8.8-inci sebagai pilihan), sistem audio dengan 14-pembesar suara dari Harman Kardon dan ciri ciri keselamatan seperti kawalan perjalanan adaptif (adaptive cruise control), pemantauan titik buta, amaran rempuhan hadapan, amaran penukaran lorong dan sensor parkir tambahan. Alfa Romeo Stelvio dijangka tiba ke pasaran Amerika Syarikat pada pertengahan tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

alfa-romeo-stelvio-1 alfa-romeo-stelvio-2 alfa-romeo-stelvio-3 alfa-romeo-stelvio-7 alfa-romeo-stelvio-8 alfa-romeo-stelvio-9 alfa-romeo-stelvio-11 alfa-romeo-stelvio-13 alfa-romeo-stelvio-14 alfa-romeo-stelvio-17 alfa-romeo-stelvio-18 alfa-romeo-stelvio-19 alfa-romeo-stelvio-20

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply