ARKIB

KATEGORI

Buletin

MBM CV berjaya jual 2,612 kenderaan komersil pada 2016

Views

Walaupun mengalami kemerosotan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 13 % tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles atau Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Malaysia (MBM CV) terus memberikan sokongan kukuh terhadap industri pengangkutan dan penghantaran barangan sepanjang 2016. Ia merangkumi trak tugas ringan dan berat FUSO dan juga trak dan van Mercedes-Benz.

Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles, En Albert Yee berkata, berlandasakan prestasi rakan pengedar dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelanggan, bahagian kenderaan komersial telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada 2016. Untuk 2017, syarikat akan mengukuhkan semula tekad untuk membekalkan kenderaan bermutu tinggi.

Mercedes-Benz Actros ternyata menjadi pilihan utama di kalangan syarikat pengangkutan dengan mencatatkan jumlah jualan 216 unit pada 2016, iaitu pertumbuhan dua angka sebanyak 24%. Sementara itu, trak FUSO pula mencatatkan jualan 2,374 unit. Menerusi kejayaan kempen servisnya, MBM CV mencatatkan peningkatan ketara dalam daya pemprosesan pusat servisnya di seluruh negara berbanding tahun sebelumnya, dengan angka mencecah 24,956 kenderaan yang diservis, merangkumi 3,920 Kenderaan Komersil Mercedes-Benz dan 21,036 trak FUSO.

Pusat 3S Kenderaan Komersial Hap Seng (Kuantan) yang menyediakan perkhidmatan kepada kenderaan komersial Mercedes-Benz dan juga FUSO di pantai timur ialah pusat yang pertama untuk dinaik taraf. Beberapa lagi pusat servis MBM CV dan rakan pengedarnya akan dinaik taraf pada 2017. Ketika ini, MBM CV mempunyai sejumlah 72 pusat servis yang menyediakan perkhidmatan kepada Kenderaan Komersial Mercedez-Benz dan juga FUSO.

MBM CV juga telah melabur sejumlah RM28 juta dalam barisan pengeluaran Mercedes-Benz Commercial Vehicle di kilangnya di Pekan sejak 2004. Setakat ini, kilang pengeluaran ini telah menghasilkan lebih 25,000 Trak Mercedes-Benz dan FUSO untuk memenuhi permintaan tempatan yang semakin bertambah.

Pada 2016, 11 pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah menerima sijil tamat latihan selepas menjalani program latihan selama tiga bulan di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz (ATC) di Shah Alam, Selangor. Program tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran belia negara ini dan menyebarkan pengetahuan teknikal tentang kenderaan masa kini dengan matlamat mencetus inspirasi dalam kalangan bakal mekanik pada masa depan.

MBM CV turut menganjurkan Liga Pemandu Trak Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vechicles pada 2016 yang merupakan wadah untuk pemandu Mercedes-Benz ACTROS meningkatkan kemahiran penyenggaraan, penjagaan, keselamatan dan penjimatan minyak, lantas memastikan jalan raya Malaysia lebih selamat.

Juara memenangi hadiah lawatan eksklusif ke Pameran Motor Antarabangsa (IAA) di Hannover, Jerman. Selain itu, MBM CV berhasrat untuk menetapkan penanda aras bagi trak yang boleh dipercayai dan servis berkualiti, sambil memenuhi keperluan pelanggan dalam industri pengangkutan barangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply