Jika semalam, Subaru mengusik dengan model terbaharu XV, kini giliran Mitsubishi pula mengusik dengan SUV kompak mereka yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2017. Model yang diinspirasikan dari XR-PHEV II Concept turut membawa gaya rekabentuk terkini yang ada pada model terbaharu dari Mitsubishi.
Belum ada sebarang maklumat terperinci mengenainya buat masa ini, namun pesaing kepada Nissan Qashqai ini bakal dinamakan sebagai Eclipse. Walaubagaimanapun, nama tersebut belum lagi dimuktamadkan dan dijangka ia bakal menggunakan sistem pacuan empat-roda S-AWC dengan gandar belakang multi-link.
Penjana kuasanya pula bakal menggunakan unit berpengecas turbo 1.5-liter petrol yang digandingkan dengan transmisi CVT dan AWD, selain pilihan enjin diesel 2.2-liter yang digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan manual dan pacuan roda hadapan (FWD). Maklumat lebih lanjut bakal diketahui pada 7 Mac nanti apabila ia membuat kemunculan global pertamanya di Switzerland.
KLIK UNTUK BESARKAN
Kalau 20 tahun lalu Mitsubishi Eclipse adalah kereta sport compact dua pintu pacuan hadapan.. Tetapi tahun ini bertukar menjadi SUV compact.. Nay..