ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz Malaysia lancar E-Class Coupe

Views

Akhirnya Mercedes-Benz E-Class Coupe tiba di Malaysia secara rasmi semalam. Rekaan sedan dua pintu ini pastinya akan menggetarkan tulang rusuk peminatnya dengan gaya yang sporty dan mewah. Dua varian ditawarkan – E 200 Coupe AMG Line dan E 300 Coupe AMG Line serta satu varian edisi terhad yang eksklusif – E 300 Coupe Edition, hanya 500 unit sahaja.

Enjin

E 200 Coupe dikuasakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang menjana 184 hp dan 300 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam masa 7.8 saat dan kelajuan maksimumnya pula mencecah 240 km/j. Penggunaan bahan bakarnya adalah sekitar 6.0 liter untuk setiap kilometer.

Varian E 300 Coupe dan E 300 Coupe Edition 1 turut berkongsi jantung yang sama dengan E 200 Coupe, tetapi memiliki output yang lebih tinggi sehingga 245 hp dan 370 Nm tork. Kedua-dua varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya 6.4 saat dan kelajuan maksimumnya pula mencecah 250 km/j. Penggunaan bahan bakarnya pula adalah sekitar 6.4 liter untuk setiap kilometer.

Suspensi

Kesemua varian dilengkapi dengan sistem suspensi Kawalan Ketangkasan (Agility Control) secara standard dan suspensinya telah direndahkan sebanyak 15 mm.

Keselamatan

Mercedes-Benz E-Class Coupe dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti:

  • Enam beg udara
  • Bantuan Brek Aktif (standard)
  • Kawalan Kestabilan
  • Sistem PRE-SAFE
  • ABS dengan EBD
  • Sistem Perlindungan Anti-Kecurian
  • ISOFIX
  • Amaran Perlanggaran
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar

Ciri-ciri menarik E 200 Coupe

  • Kit badan AMG Line bagi varian E 200 Coupe dan E 300 Coupe
  • Kit badan Edition 1 yang ekslusif untuk varian E 300 Coupe Edition 1
  • Kemasan warna hitam berkilat Night Package
  • Lampu hadapan MULTIBEAM LED yang lebih terang tetapi tidak menyilaukan pandangan pemandu yang lain
  • Turut dilengkapi dengan Adaptive Highbeam Assist Plus
  • Rim aloi AMG bersaiz 18 inci untuk varian E 2000 Coupe
  • Rim aloi bersaiz 20 inci untuk varian E 300 Coupe dan E 300 Coupe Edition 1
  • Varian E 300 Coupe dan E 300 Coupe Edition 1 dilengkapi bumbung suria panoramik
  • Lampu belakang LED dan dengan teknologi optik kristal
  • Pilihan lima mod transmisi – Comfort, ECO, Sport, Sport + dan Individual.
  • Fungsi ECO start/stop
  • Kemasan papan pemuka yang dibalut bahan sentuhan lembut ARTICO – varian E 200 Coupe dan E 300 Coupe AMG Line
  • Kemasan papan pemuka yang dibalut kulit Nappa – varian E 300 Edition 1
  • Tempat duduk dengan kemasan kulit Nappa dua-tona yang boleh dilaras secara elektronik dan fungsi memori pada tempat duduk hadapan

Harga (atas jalan termasuk GST) tidak termasuk insurans

  • E 200 Coupe AMG Line – RM435,888
  • E 300 Coupe AMG Line – RM499,888
  • E 300 Coupe Edition 1 – RM534,888

Selain itu, Mercedes-Benz Malaysia turut menawarkan skim pembiayaan Agility Financing untuk barisan Mercedes-Benz Dream Car. Pelanggan boleh menikmati bayaran dari RM4,358* sebulan bagi varian E 200 Coupé, RM4,998* sebulan bagi varian E 300 Coupé dan RM5,348* sebulan bagi varian E 300 Coupé Edition 1, selama tiga-tahun. (*tertakluk pada terma dan syarat)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply