ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz Services Malaysia perkenal program ‘Lease2Go’

Views

Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) kini menawarkan pembiayaan inovatif ‘Lease2Go’ yang bakal memudahkan peminat jenama tersebut menyewa atau memajak kenderaan Mercedes-Benz dan pemilik sedia ada untuk menaiktaraf kepada model yang terbaharu. Dengan ‘Lease2Go’, pelanggan berhak untuk menentukan dan memilih tempoh pakej sewaan/pajakan mereka (satu hingga empat tahun) dan jarak perbatuan (20,000, 25,000 atau 30,000 km) setahun. ‘Lease2Go’ akan merangkumi segala kos termasuklah premium insuran dan cukai jalan yang dimasukkan terus ke dalam bayaran sewaan/pajakan bulanan kenderaan.

Pelanggan yang memilih program ‘Lease2Go’ akan memulakan pembayaran dengan dua bulan deposit yang akan dikembalikan dan sebulan bayaran pendahuluan sewaan/pajakan. Selepas itu, pelanggan hanya perlu membayar mengikut tempoh kegunaan kereta berdasarkan perjanjian sewaan/pajakan yang telah dipersetujui. Di akhir tempoh sewaan/pajakan, kenderaan tersebut akan dipulangkan dan pelanggan berpeluang untuk menaik taraf kepada model Mercedes-Benz yang lain menerusi sistem yang sama.

Perlindungan tayar dan rim turut termasuk dalam pakej ‘Lease2Go’ dan pelanggan juga akan menikmati bantuan tepi jalan 24/7 sekiranya berlaku kecemasan. MBSM akan terus untuk menyokong permintaan pembiayaan yang fleksibel, inovatif dan mudah di Malaysia dan yakin pembayaran sewaan/pajakan yang kompetitif serta mudah difahami dan mesra-pengguna seperti ‘Lease2Go’ akan dapat menampung pertambahan peminat jenama tersebut pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut hubungi mana-mana pengedar sah Mercedes-Benz atau khidmat pelanggan (kewangan dan insurans) Mercedes-Benz Services di talian 1-800-22-6237. Mercedes-Benz Insurance Services akan menyediakan ejen dan khidmat insurans yang ditawarkan kepada pelanggan bagi pihak Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan AXA Affin General Insurance Berhad.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply