ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI TONTON : 9 perubahan penting pada Proton Iriz facelift 2019

Info

Views
9 perubahan penting pada Proton Iriz MC 2019

Semalam kami dan rakan media yang lain telah dijemput ke sesi pratonton dan pandu uji singkat model Proton Iriz facelift 2019. Lima varian ditawarkan untuk model ini, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Iriz 2019 masih mengekalkan enjin yang sama dan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT.

Tempahannya sudah pun bermula pada hari ini, dan ia bakal dilancarkan secara rasmi pada 11 Mac nanti. Proton turut membuka tempahan kilat secara atas talian dengan yuran tempahan hanya RM9.99 yang bakal bermula 1 Mac 2019 (esok) hingga 11 Mac 2019.

Kami telah senaraikan 9 perubahan penting yang telah dibuat pada model hatchback kompak ini. Kalau nak tahu apa perubahan tersebut, kena tonton video ini sampai habis dulu ye. Selamat menonton!

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : 2019 Peugeot 208 – Hatchback paling ‘cun’ setakat ini”, jom kita layan!

5 perkara anda perlu tahu tentang Peugeot 208 terbaru, hatchback paling chun kini

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENGEAR.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply