ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Berita Tempatan

Views
2019 Proton Iriz MC walkaround

Kami rasa ini berita yang peling ditunggu-tunggu oleh peminat automotif tempatan. Hari ini berlangsungnya sesi pratonton media Proton Iriz 2019. Awal bulan ini Proton telah mengeluarkan beberapa foto awal model tersebut dan hari ini kami berpeluang untuk melihatnya secara lebih dekat.

Pada pandangan kami Iriz 2019 nampak lebih ranggi dengan wajah baharu yang mewarisi DNA reka bentuk model X70 terutama sekali pada bahagian jeriji yang menampilkan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.

Bahagian bamparnya turut mendapat rekaan baharu yang lebih sporty dan kemas, terutama sekali di bahagian sisi yang kini dihiasi dengan sepasang lampu nyalaan siang LED (DRL) serta satu jalur krom halus panjang yang melintang. Di bahagian belakang, Iriz 2019 kini nampak lebih moden terutama sekali dengan kehadiran kemasan plastik hitam berkilat di tengah-tengah yang tertera perkataan ‘PROTON’ di tengah.

Tiada lagi penggunaan emblem Proton di belakang selepas ini sejak ia mula diperkenalkan pada X70. Iriz 2019 turut didatangkan dengan rim aloi dua tona yang berbentuk bilah rotor bersaiz 15 inci (bergantung pada varian) dan ia kini dengan antena ‘sirip jerung’.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Lima varian ditawarkan untuk model ini, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Iriz 2019 masih mengekalkan enjin yang sama dan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT.

Berikut adalah perbezaan spesifikasi mengikut varian:

Standard 1.3L MT (spesifikasi standard)

  • Enjin 1.3 liter VVT dengan Bantuan Pemanduan ECO
  • ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Dua beg udara
  • Lampu depan jenis halogen
  • Sensor pakir hadapan
  • Rim aloi 14-inci
  • Pemain audio standard dengan dua pembesar suara
  • Dua port pengecasan USB
  • Antena sirip jerung
  • Tempat duduk kemasan fabrik baharu
  • Paparan kluster instrumen pelbagai maklumat LCD
  • Tombol gear manual baharu

Standard 1.3L CVT (spesifikasi tambahan dari varian Standard 1.3L MT)

  • Transmisi CVT
  • Spoiler belakang

Executive 1.3L CVT (spesifikasi tambahan dari varian Standard 1.3L CVT)

  • Unit infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci
  • Empat pembesar suara
  • Rim aloi 15-inci dua tona
  • Lampu automatik
  • Sistem kemasukan pintar tanpa kunci
  • Butang mula/henti enjin
  • Paparan kluster instrumen pelbagai maklumat TFT
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Pembuka but belakang kawalan jauh
  • Kamera undur dengan garisan panduan
  • Sambungan telefon pintar

Executive 1.6L CVT (spesifikasi tambahan dari varian Executive 1.3L CVT)

  • Enjin 1.6L VVT
  • Cermin sisi auto-lipat

Premium 1.6L CVT (spesifikasi tambahan dari varian Executive 1.3L CVT)

  • Navigasi atas talian
  • Enam beg udara
  • Stereng balutan kulit
  • Kerusi dengan balutan separa kulit
  • 4G dan Wi-Fi
  • Arahan Suara
  • Bumbung hitam
  • Cermin pandang belakang nirbingkai (borderless)
  • Tombol gear CVT rekaan baharu

Tempahan untuk model Proton Iriz facelift 2019 akan mula dibuka esok. Proton turut membuka tempahan kilat secara atas talian dengan yuran tempahan hanya RM9.99 yang bakal bermula 1 Mac 2019 (esok) hingga 11 Mac 2019. Buat masa ini belum ada lagi pengumuman harga dibuat dan dijangka harga hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti.

Proton juga akan mengadakan pratonton pelanggan di beberapa cawangan Proton Edar untuk memberi orang ramai peluang untuk melihat Iriz 2019 dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasmi. Lokasi pertama adalah di pusat Proton Edar 4S di Chan Sow Lin, di mana aktiviti ini akan diadakan dari 2 – 3 Mac.

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENGEAR.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply