ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tour 2019 bermula hari ini di 1Utama

Info

Views

Bermula hari ini, Volkswagen Tour 2019 memulakan siri jerayawaranya yang pertama bertempat di Lower Ground Oval (New Wing), Pusat Membeli-belah 1Utama. Acara ini bakal berlangsung sehingga 3 Mac 2019, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Kesemua barisan model kereta Volkswagen akan dipamerkan kepada pengunjung, dan kepada yang telah lama mengidamkan sebuah Beetle, mereka perlu mengambil peluang tersebut kerana tahun ini merupakan tahun terakhir pengeluaran model ikonik itu dan ia hanya berbaki beberapa unit sahaja lagi.

Turut dipamerkan adalah model SUV, Tiguan JOIN yang merupakan salah satu model dalam edisi Volkswagen JOIN. Model ini didatangkan dengan aksesori tambahan seperti penambahan elemen pada reka bentuk hadapan, spoiler belakang, kemasan pada pintu but belakang, muncung ekzos krom, kemasan krom pada pelindung pintu belakang, penginjak sisi dan filem penapis haba Volkswagen yang bernilai hampir RM10,000.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Selain itu, pengunjung boleh memandu uji beberapa model seperti Polo, Vento, Beetle, Passat, Tiguan dan Golf. Mereka yang membuat tempahan di sepanjang acara tersebut berlangsung bakal mendapat baucar petrol eksklusif bernilai RM500 namun ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemilik Volkswagen sedia ada pula yang memiliki sama ada kereta baharu atau berusia 5 tahun dan ke atas turut dijemput ke reruai Volkswagen Cares di lokasi acara tersebut untuk mengetahui lebih lanjut dan memuat turun aplikasi mudah alih tersebut serta melanggan keahlian Volkswagen Care Plus.

Pelbagai acara menarik bakal menanti pengunjung seperti penampilan istimewa maskot Volkswagen iaitu “Buckle”, selain pengunjung dapat menikmati kopi istimewa percuma “Gopitiam” Kombi yang  dibancuh oleh OLDTOWN White Coffee setiap hari.

Jom ramai-ramai ke sana!

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply