PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan Setel, yang merupakan penyelesaian untuk pembelian minyak secara e-bayaran yang pertama secara terus dari telefon pintar. Setel direka untuk berintegrasi secara terus dengan pam minyak – pertama di Asia Tenggara yang membolehkan pelanggan untuk membeli minyak dengan hanya beberapa ketik sambil duduk dalam kenderaan mereka.
Buat masa ini anda perlu berjalan ke juruwang, beratur dengan membawa tunai atau kad dan terpaksa menggunakan kad yang berasingan untuk mendapat mata ganjaran. Tapi ia tidak perlu lagi dengan Setel yang telah menggabungkan pembayaran dan ganjaran kesetiaan sekaligus. Setel terus!
Iskandar Ezzahuddin, Ketua Setel berkata, sejak pelancaran secara beta bermula bulan Julai lalu, ia mendapat banyak respon dan maklum balas positif dari 10,000 orang pengguna. Setel turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) yang masih lagi berlangsung sehingga hujung minggu ini di MITEC.
JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift
Datuk Sri Syed Zainal Syed Mohd Tahir, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad berkata, PETRONAS telah memberi tumpuan kepada mewujudkan pengalaman pelanggan baharu dalam perniagaan runcit dengan memanfaatkan kuasa digital. Setel membolehkan pengalaman yang pantas dan lancar untuk pembelian bahan api hanya di hujung jari dan PETRONAS bangga menjadi yang pertama menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.
Setel kini boleh digunakan di lebih 40 stesen minyak di sekitar Lembah Klang, akan berkembang kepada 600 stesen menjelang Jun 2019 dan dijangka berada di seluruh negara sebelum akhir tahun 2019. Aplikasi Setel kini boleh dimuat turun menerusi platform Android dan iOS menerusi Google Play dan App Store. Selain pembelian minyak, pelanggan akan boleh membeli barang di kedai Mesra mulai Januari 2019.
Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk maklumat terkini mengenai KLIMS18. Jemput singgah di reruai kami nanti ye! Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Van komersil Go Auto-Higer Ace dilancarkan”.
JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI