ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Views

Jika semalam kami memperoleh foto konvoi adik-beradik Proton Iriz MC2 dan Persona facelift sedang menuju ke utara, hari ini rakan pembaca Mohd Faiz telah berjaya mengesan kelibat Persona facelift secara solo di stesen minyak Petronas, Solaris, Serdang. Foto yang dirakam dari jarak dekat ini telah berjaya menyerlahkan beberapa perincian padanya walaupun masih sarat dengan celoreng penyamaran.

Ada sedikit perbezaan pada bahagian jeriji hadapan Persona facelift jika dibandingkan dengan versi hatchbacknya Iriz MC2. Tidak seperti jeriji Iriz MC2 yang mempunyai sayap Proton yang berbentuk busur seperti X70, jeriji Persona facelift kelihatan lebih ringkas dengan hanya menggunakan kemasan seperti motif “Infinite Weave” yang turut dipengaruhi dari SUV tersebut.

Pada pendapat kami, inilah cara yang paling jimat dan murah untuk membezakan penampilan kedua-dua model tersebut. Bentuk bamparnya pula nampak hampir sama, tetapi kedudukan lampu nyalaan siang LED (DRL) pada Persona facelift sedang berada pada kedudukan sedikit ke atas berbanding Iriz MC2 yang lebih ke bawah. Turut kelihatan satu jalur pada bahagian bawah bampar yang mungkin mempunyai warna yang berbeza dengan warna badan kereta.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

Rim aloi model Persona facelift mempunyai lapan jejari dan bentuknya juga berbeza dengan Iriz MC2. Sekali imbas rim Persona facelift nampak lebih ringkas dan sporty. Di bahagian belakang pula, Persona facelift masih mengekalkan unit lampu yang sama dan nampaknya emblem Proton tidak lagi kelihatan.

Kami menjangkakan emblem akan digantikan dengan tulisan Proton seperti model X70. Di bahagian bampar pula, rekaannya kini nampak lebih menarik dan masih mengekalkan lampu kabus belakang pada diffusernya. Bampar belakang tidak lagi labuh seperti model semasa dan ia kelihatan lebih seksi.

Persona facelift bakal diperkenalkan seretak dengan Iriz MC2 pada awal tahun hadapan. Firasat kami mengatakan ia bakal dilancarkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya sebelum suku pertama 2019 berakhir. Dalam tempoh tersebut sempatlah Proton nak habiskan stok model semasa dan bagi diskaun akhir tahun baik punya!

JOM BACA >> Proton pamer X70 untuk tatapan umum di KLIMS18 – Bakal dilancar 12 Disember ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif