ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Geely tayang X70 versi sport?

Views
Geely Tayang FY-11, bakal jadi Proton X70 Sport? Mengancam. Kongsi platform Volvo XC40.

Nampaknya Geely semakin serius dalam usaha menjadi sebuah jenama global, rekabentuk SUV Coupe atau Sport ini memang nampak terkini dan global, dah tak nampak ke Cina-annya. Pasukan pereka bentuk yang diketuai Peter Horbury telah melahirkan sebuah SUV dengan gaya lebih anggun menggunakan lenggok Geely yang mengambil inspirasi global yang diterapkan dengan nilai nilai ketimuran dari China.

Dalam rekabentuk ini kita nampak bentuk jeriji depan dengan imej alam semesta Geely yang menggunakan grafik orbit sebagai tema utama. Kali ini mereka memperkenalkan konsep anak panah digital (digital arrow) yang menjadi tonggak grafik lampu depan. Jika Volvo ada tukul Thor sebagai grafik lampu siang (DRL), Geely SY11 ada anak panah digital ini dibina atas platform CMA yang digunakan kali pertama pada Volvo XC40 dan Lynk 01.

JOM BACA >> Geely FY11 jelmaan BMW X6 dari China

Ianya adalah kecil sedikit dari Proton X70, jadi sesuai ditawarkan sebagai X70 sport. Dengan pelantar dan teknologi yang lebih canggih, kami rasa kalau ia tiba di Malaysia dengan harga RM150K-200K ia mampu menjadi pilihan ramai dan menggugat pesaing yang menawarkan SUV berimej sporty dalam segmen keluarga.

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk maklumat terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : X70 CKD dan berita besar lain dari Proton”.

PROTON X70 CKD Oktober 2019? Dan berita besar lain dari Proton

JOM BACA >> Aruz nama SUV baharu Perodua?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply