Info dari beberapa sumber yang boleh dipercayai mengatakan, Perodua telah memilih Aruz sebagai nama rasmi model SUV baharu tersebut. Aruz merupakan salah satu daripada tiga nama yang telah didaftarkan oleh Perodua di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menurut sumber dari rakan kami di Carlist.my. Dua lagi nama lain yang didaftarkan oleh Perodua adalah Lasaq dan Impax.
Kami tidak pasti apakah maksud Aruz, mungkin ia diolah dari perkataan arus dengan sedikit perubahan ejaan untuk menjadikan sebutannya lebih milenia. Jika menurut terjemahan secara terus dari Google, perkataan Aruz dikesan dari Bahasa Turki yang membawa maksud “kami adalah sebuah”, tetapi apabila kami mengubah ejaannya kepada Aruza, ia dikesan dari Bahasa Jepun yang bermaksud “satu kerusi”.
JOM BACA >> INFO : Percaya atau tidak 12 tahun lalu moyang kepada Proton X70 ini sudah ada ciri Arahan Suara?
Tergelak besar kami membaca terjemahan tersebut, namun kami pasti hanya Perodua sahaja yang tahu apa maksud Aruz yang sebenarnya. Jadi ‘biarlah rahsia’ sehingga hari pelancarannya nanti yang dijangka seawal bulan ini. Mujur juga Perodua tidak mengambil nama Lasaq kerana ia terus mengingatkan kami kepada Mak Cun. Lasaq bak hang! Kalau jadi tagline untuk Aruz nanti menarik juga kan?
Secara jujurnya kami sangat berkenan dengan nama Impax yang lebih global dan sebutannya juga lebih bergaya, sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan ranggi. Kami jangka nama ini akan disimpan oleh Perodua untuk SUV mini mereka nanti, sebab itulah mereka telah mendaftar terus tiga nama sebagai pilihan.
Rakan sekutu kami TheAjerul telah cuba meneka rupa SUV ini buat kali kedua dan respon daripada mereka yang telah melihatnya berkata, rekaan manipulasi digital tersebut memang tidak banyak beza dengan model yang sebenar. Nak tahu info secara ringkas Perodua Aruz, ketik sahaja pautan ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya!
JOM BACA >> SPEKULASI : Perodua sedang bangunkan SUV mini dari pelantar X-Concept?
KLIK UNTUK BESARKAN
Aruz dalam bahasa arab bermaksud Lazat/ sedap
Aruz = Nasi dalam bahasa arab, hahaha
Ada SA cakap pelancarannya pada 3 January? Betul kah?