ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Van komersil Go Auto-Higer Ace dilancarkan

Views
Go Auto lancarkan Higer Ace Van 18-seater. Waranti 5 tahun. Harga bermula RM138,300

Semalam Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd cabang pembuatan Kumpulan Syarikat Go Auto telah melancarkan kenderaan komersilnya yang pertama Go Auto-Higer Ace di IOI Citymall Putrajaya, Kuala Lumpur. Kenderaan ini ditawarkan dengan dua varian enjin 3.0L dan 2.5L selain pilihan 18 dan 15 tempat duduk dengan menawarkan ruang kabin yang luas.

Pilihan enjin berprestasi tinggi DK5 dan DK4 dengan teknologi dari Jepun tersebut dipadankan dengan transmisi 6 dan 5 kelajuan manual. Harga jualannya bermula dari RM138,500 hingga RM145,000 untuk Semenanjung Malaysia. Ia dilengkapi dengan dua pintu gelongsor, serta ciri-ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Eleketronik (EBD).

Go Auto-Higer Ace turut dipasang dengan komponen tugas berat yang biasanya digunakan oleh bas, sebagai contoh gandar, klac dan shaf propeller. Kenderaan ini mempunyai dimensi 5990mm panjang, 1880mm lebar dan 2285mm dengan jarak roda 3720mm manakala lega tanahnya pula 200mm. Ia amat sesuai untuk dijadikan van sekolah, van pekerja, ambulans atau kegunaan lain mengikut kehendak pelanggan.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Go Auto mensasarkan jualan sebanyak 400 unit model ini menjelang tahun 2019. Setakat ini Go Auto mempunyai 3 pengedar utama iaitu Car2U Sdn Bhd, Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhb dan KEC Sdn Bhd. Go Auto-Higer Ace ditawarkan dengan 5 tahun waranti atau jarak perbatuan 150,000km (yang mana terdahulu) dan ia khusus untuk pendaftaran persendirian. Go Auto turut menawarkan pilihan sama ada servis percuma (termasuk alat ganti dan upah) bernilai RM5,000 dan hadiah tambahan untuk pelanggan yang membuat tempahan awal di IOI Citymall berula dari 29 November hingga 2 Disember 2018.

Berikut adalah senarai harga dan varian Go Auto-Higer Ace (harga jualan bersih):

  • 3.0L 6 Kelajuan 18-Tempat duduk RM145,800, 15-Tempat dudukr RM145,300
  • 3.0L 5 Kelajuan 18-Tempat duduk RM143,800, 15-Tempat duduk 143,300
  • 2.5L 5 Kelajuan 18-Tempat duduk RM138,500, 15-Tempat duduk RM138,300

Go Auto-Higer Ace juga boleh dipandu uji dan ditempah di  Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk maklumat terkini mengenai KLIMS18. Jemput singgah di reruai kami nanti ye! Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON: KLIMS18 – Reka bentuk muncung pam minyak Petronas diinspirasikan dari Formula 1”.

KLIMS2018: Formula 1 inspirasi rekabentuk nozel baru Petronas

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply