ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki sebuah Toyota sempena Tahun Baru Cina dengan penjimatan hebat

Views

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, UMW Toyota Motor akan menawarkan promosi istimewa bagi barisan model-model sedia ada keluaran Toyota. Ang Pow Tahun Baru Cina sebanyak RM988 akan diberikan bagi setiap pembelian model baharu. Sebagai tambahan, rebat tunai sehingga RM2,500 turut ditawarkan bagi model-model terpilih. Tidak ketinggalan ialah servis dan aksesori percuma untuk beberapa model tertentu.

Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut (sah sehingga 28 Februari 2018):

ModelPromosi rebat tunai
ViosRebat tunai sehingga RM2,500 + Ang Pow CNY bernilai RM988 dan aksesori percuma

(bernilai hingga RM4,100) + RM500 baucar E-service

HiluxAng Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000) bagi DC 2.4G (MT), DC 2.4G (AT), DC 2.8G (AT)
CamryRebat tunai RM2,000 + Ang Pow CNY bernilai RM988
AltisAng Pow CNY bernilai RM988 + aksesori percuma (bernilai RM5,790)
InnovaAng Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000)
FortunerAng Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000)

(Semua tawaran adalah bagi varian-varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada).

Bantuan pembiayaan turut ditawarkan menerusi perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seumpamanya untuk membolehkan pelanggan berjimat lebih banyak.

Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Waranti tersebut boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya selagi ia masih tertakluk dalam terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota dan memandu uji model-model yang disediakan atau melayari laman sesawang toyota.com.my .

KLIK UNTUK BESARKAN

      

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply