ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Proton kagum dengan cawangan pengedar Geely

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Views

Awal bulan Mac lalu, seramai 33 orang pengedar Proton telah dibawa melawat ke salah sebuah cawangan pengedar Geely di Shanghai. Lawatan tersebut untuk membolehkan mereka melihat sendiri dan merasai suasana di pusat pengedar Geely. Lum Hon Yoon, dari Gagah Murni Sdn Bhd berkata beliau dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana keadaan cawangan pengedar Geely di sini. Mereka menggunakan setiap ruang yang ada dengan baik sekali.

Ia mempunyai ruangan yang berbeza untuk pelanggan berasa selesa, seperti ruangan kopi, ruangan perbincangan, ruangan kanak-kanak dan juga ruangan bacaan. Ruangan-ruangan yang disediakan mempunyai fungsi tersendiri dan kebanyakan pengedar menyukai idea tersebut, serta melihatnya sebagai keperluan bagi sebuah keluarga moden. Dengan ruangan yang disediakan seperti ruangan perbincangan, ini juga boleh berfungsi sebagai lokasi perjumpaan di mana mereka boleh melakukan perbincangan di situ.

Aw Chiew Soon dari Warna Bestari Sdn Bhd berkata, dengan adanya ruangan kopi, ini bermakna pelanggan tidak perlu pergi ke Starbucks terdekat atau Coffee Bean untuk mendapatkan kopi pagi atau minum petang. Razali Ahmad, dari Erakars Sdn Bhd pula berkata, ruang pameran kelihatan lebih kurang sahaja seperti cawangan-cawangan di Proton. Apa yang membezakannya adalah kawasan menunggu yang luas dan kawasan rehat yang selesa yang kelihatan seperti ruang tamu di rumah anda.

Bagi beberapa pengedar yang lain, apa yang menarik perhatian mereka ialah pakaian seragam yang segak dan cara profesional mereka menyambut wakil-wakil dari Proton. Azizulmu’min Mohd Hussein Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd pula berkata, selain pakaian seragam yang kelihatan begitu segak, kakitangan bahagian jualan dan perkhidmatan bertutur dan berkelakuan seiring, selain mempunyai pengetahuan produk yang baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply