Mulai sekarang sehingga 31 December 2016, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang menawarkan promosi menarik dengan bonus sehingga RM10, 000 untuk model model terpilih! Pelanggan yang membeli sebuah Triton dengan enjin MIVEC Turbo Diesel baharu bakal mendapat bonus sehingga RM9, 000. Bonus tunai untuk varian Triton baharu yang lain adalah seperti berikut:
No | Model/Varian | Bonus Tunai | Harga OTR tidak termasuk insurans (termasuk GST (RM) di Semenanjung Malaysia |
1 | Triton VGT Adventure X | 2,000 | 125,005 |
2 | Triton VGT Adventure | 4,000 | 118,198 |
3 | Triton VGT AT | 8,000 | 109,446 |
4 | Triton VGT MT | 4,000 | 102,619 |
5 | Triton MT | 9,000 | 88,997 |
6 | Triton Quest | 6,000 | 73,438 |
Pelanggan yang membeli sebuah SUV Kompak ASX turut menerima bonus sehingga RM10, 000 untuk varian terpilih dan 5-Tahun warranti tanpa had perbatuan. Harga SUV yang telah memenangi anugerah ini bermula dari RM 105,744.31 untuk varian ASX 2WD GL, manakala bagi varian ASX 2WD harga yang ditawarkan adalah RM 115,468.71 dan ASX 4WD pula berharga RM 129,010.43.
SUV Outlander kini ditawarkan dengan bonus sehingga RM4, 000 dan 2-Tahun Penyelenggaraan PERCUMA. Outlander SUV ditawarkan pada harga RM168, 600 dan baru baru ini telah memenangi anugerah kategori SUV/Crossover Saiz-Sederhana 4×4 tujuh-tempat duduk Terbaik di Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2016. Pembeli Pajero Sport VGT pula bakal mendapat bonus sehingga RM5, 000 dan harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM 179,716.92.
Akhir sekali, pembeli sedan-eko Mitsubishi Attrage GS turut menerima bonus sehingga RM12, 000. Manakala pelanggan untuk varian Attrage GL mereka bakal menerima bonus tunai sehingga RM8, 500. Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM 75,250.33 untuk Attrage GS dan RM 75,655.33 untuk varian GL.
Bukan itu sahaja, bermula dari 1 hingga 30 November 2016, pemilik Mitsubishi bakal menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk servis tambahan seperti penyegar udara anti-bakteria, rawatan minyak enjin, flush enjin, pembersih sistem bahan api, pembersih sistem bahan api diesel dan pembersih penyejat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Sejak Mitsubishi diambil alih oleh Nissan semakin banyak promosi untuk habiskan stock lama model-modelnya..