ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda bawa UNI-CUB β ke Malaysia

Views

Ini merupakan peluang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk menunggang peranti mobiliti peribadi terbaharu Honda, UNI-CUB β, yang dibawa khas ke ISETAN The Japan Store di Lot 10 Shopping Centre. UNI-CUB β akan berada di sini bermula dari 27 Oktober sehingga 24 November 2016 sempena pembukaan gedung membeli-belah tersebut hasil kolaborasi antara Honda Malaysia dan ISETAN The Japan Store.

Pengunjung dapat merasai pengalaman teknologi termaju Honda ini dengan menunggang UNI-CUB β selama sepuluh minit. Demonstrasi dan sesi tunggangan bermula dari jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam di seksyen Teknologi & Promosi yang terletak di Tingkat Bawah ISETAN The Japan Store, Lot 10 Shopping Centre.

Nama UNI-CUB diambil dari singkatan perkataan “UNI” yang bermaksud “unik,” “universal” dan “unicycle”, manakala “CUB” pula diambil sempena siri motosikal Cub Honda yang tersohor, dan sekaligus ia menandakan UNI-CUB adalah alat yang mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia direka untuk berharmoni dengan manusia dan menampilkan teknologi Omni-Directional Driving Wheel System (Honda Omni Traction Drive System) yang pertama seumpamanya di dunia.

UNI-CUB β memberikan kebebasan untuk bergerak ke depan, belakang, sisi ke sisi dan menyerong dengan mengalihkan berat badan. Kombinasi sistem rodanya sangat unik dengan saiz yang kompak, pelana yang selesa dan teknologi kawalan keseimbangan Honda memberikan penunggangnya kebebasan bergerak, sama seperti kita sedang berjalan. Teknologi kawalan keseimbangan UNI-CUB β adalah sebahagian dari teknologi keluarga Robotik Honda, yang berasal dari kajian Honda dalam robot humanoid, termasuklah ASIMO.

UNI-CUB juga merupakan evolusi dari U3-X yang telah dipamerkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) pada tahun 2010. Diperkenalkan pada Mei 2012, UNI-CUB bertujuan untuk menawarkan kemudahan kawalan dan mobiliti tahap tinggi kepada penunggang dalam persekitaran dalaman bebas-halangan seperti pejabat, pusat membeli-belah, lapangan terbang, muzium dan perpustakaan.

Pada tahun 2013, Honda mengumumkan versi dipertingkatkan UNI-CUB β, yang direka untuk lebih mesra-pengguna. Ia lebih kecil dan ringan dari versi sebelumnya. Reka bentuknya serba baharu dan bahan yang digunakan adalah untuk mempertingkatkan keserasian antara pengguna dan UNI-CUB β. Peranti ini lebih mudah dihidup dan dimatikan melalui fungsi tongkat yang dipertingkatkan. Pada bulan April 2014, Honda mula menyewakan UNI-CUB β untuk pelanggan perniagaan di Jepun.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNI-CUB β, sila layari http://world.honda.com/UNI-CUB

KLIK UNTUK BESARKAN

pix-1-uni-cub-%ce%b2-by-honda_1 pix-2-uni-cub-%ce%b2-by-honda_2 pix-3-uni-cub-%ce%b2-demonstration-and-ride-on-sessions-will-be-held-at-isetan-the-japan-store_1 pix-4-uni-cub-%ce%b2-demonstration-and-ride-on-sessions-will-be-held-at-isetan-the-japan-store_2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply