ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Colt akan dihidupkan kembali, bakal menjadi seteru Renault Clio

Views

Menurut Autocar, Mitsubishi kini begitu serius untuk membangunkan model hatchback kompak yang bakal menjadi seteru kepada Renault Clio dan mungkin menghidupkan kembali nama Colt. Naib Presiden Kanan (Jualan & Pemasaran) Mitsubishi, Guillaume Cartier berkata pengeluar kereta dari negara matahari terbit itu “sedang bekerja” untuk membangunkan sebuah hatchback baharu yang bakal bersaing dengan Renault Clio, namun keputusan akhir masih belum diputuskan.

Persoalannya kini adalah “apa yang diperlukan oleh model hatchback tersebut” dan syarikat tersebut perlu menjual 100,00 unit model tersebut setahun di pasaran global. Renault Clio disasarkan khusus untuk pasaran Eropah, manakala model Mitsubishi Colt serba baharu itu mempunyai potensi besar di rantau lain seperti di Asia.

Renault telah mengesahkan generasi baharu Clio akan dibangunkan dari pelantar CMF-B dan pesaingnya dari Mitsubishi juga mungkin berkongsi pelantar yang sama, namun masih belum jelas sama ada versi spesifikasi rendah dan spesifikasi tinggi bakal digunakan oleh pengeluar tersebut. Jika projek Mitsubishi Colt serba baharu diluluskan, ia tidak akan hadir sebelum 2020 ini kerana Mitsubishi tidak akan mengeluarkan sebarang model baharu dalam tempoh tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply