ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota tayang foto acah bayang RAV4 2019, bakal muncul di New York Auto Show

Views

Geneva Motor Show 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan tumpuan peminat serta pemerhati automotif seluruh dunia kini mula beralih ke New York Auto Show 2018 yang bakal membuka gelanggang tidak lama lagi. Di sinilah bakal menjadi medan buat Toyota untuk memperkenalkan model RAV4 serba baharu dan foto acah model tersebut mula tersebar.

Generasi kelima RAV4 kekal sebagai model terlaris Toyota di negara ‘Uncle Sam’ dan beberapa penganalisis automotif menjangkakan model ini bakal tampil lebih ‘sado’ yang diinspirasikan dari model konsep FT-AC. Ia bakal berkongsi pelantar yang sama dengan C-HR dan Lexus UX baharu dan bakal dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan dan infotainmen terkini yang ada pada Toyota.

Model ini juga bakal mempunyai pilihan versi hibdrid, namun begitu versi elektrik tidak akan membuat kemunculan semula untuk generasi kali ini. RAV4 2019 bakal membuat kemunculan pertama pada 28 Mac nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply