ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waze dan Petron bantu elak kesesakan lalu lintas semasa cuti sekolah

Views

Pernahkah anda hadapi situasi seperti ini?

  • Hampir kehabisan minyak.
  • Ingin ke tandas.
  • Anak-anak menjerit di dalam kereta semasa kesesakan lalu lintas.

Waze dan Petron kini menyediakan penyelesaian untuk membantu para pemandu mengelakkan kesesakan jalan raya, dan menuju ke stesen minyak Petron berhampiran untuk mengisi minyak kereta mereka sambil berehat sebentar. Waze memperkenalkan fungsi Jenama Kegemaran agar pengguna dapat mengenal pasti jenama kegemaran mereka terus dari dalam aplikasi tersebut.

Petron merupakan syarikat Malaysia pertama yang menggunakan fungsi Jenama Kegemaran bagi memudahkan para pengguna memilih ‘Petron’ sebagai jenama kegemaran mereka. Kerjasama dengan Waze adalah untuk membantu para pelanggan mencari stesen minyak Petron yang berdekatan dalam masa yang singkat.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, para pelanggan dapat melihat tawaran produk terkini dari Petron supaya mereka tidak terlepas kempen dan promosi yang penuh keseronokan dan juga ganjaran. Selain itu para pengguna Waze juga mendapat lebih banyak kemudahan bagi perjalanan harian mereka.

Para pengguna hanya perlu mencari stesen minyak yang berdekatan, ketik ke dalam halaman lokasinya, dan seterusnya ketik pada ikon berbentuk hati di pusat halaman tersebut. Muat turun aplikasi Waze sekarang dan cuba sendiri fungsi ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply