ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Eclipse Cross bakal saingi Nissan Qashqai

Views

Menjelang kedatangan Geneva Motor Show 2017 tidak lama lagi, Mitsubishi membuat kejutan awal dengan menayangkan rupa sebenar Eclipse Cross serba baharu. Ini merupakan SUV pertama jenama tersebut semenjak diambil alih oleh Nissan dan ia merupakan versi pengeluaran model konsep XR-PHEV. Eclipse Cross akan berada ditengah-tengah antara ASX (dikenali Outlander Sport di Amerika Utara) dan SUV tujuh-tempat duduk Outlander.

Dari depan, ia masih membawa wajah ahli keluarga terkini Mitsubishi dan di belakang ia nampak ada sedikit pengaruh dari rekabentuk Toyota C-HR dengan lampu LED yang dipanjangkan untuk memisahkan tingkap belakang. Rekabentuk sporty Eclipse Cross begitu menyerlah dengan bentuk bumbung yang curam dan profil badan yang dinamik.

Buat masa ini, Mitsubishi hanya mengeluarkan foto luaran Eclipse Cross namun dikatakan rekabentuk papan mukanya melintang dengan kemasan bingkai kombinasi warna perak/hitam serta dilengkapi dengan sistem infohiburan seakan tablet, sistem Smartphone Link Display Audio dengan sokongan Apple CarPlay yang boleh diakses menerusi kawalan sentuh di konsol tengah.

2018-mitsubishi-eclipse-cross-4

Nissan Qashqai (dikenali Rogue Sport di Amerika dan Kanada) bakal menjadi musuh kepada Eclipse Cross apabila dilancarkan tidak lama lagi. Ia mendapat penjana kuasa petrol 1.5-liter pancitan-terus berpengecas turbo terbaharu yang digandingkan bersama transmisi CVT lapan-kelajuan dengan Mod Sport manual. Selain itu, ia juga bakal mendapat enjin diesel 2.2-liter common rail pancitan-terus berpengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan automatik.

Eclipse Cross didatangkan dengan sistem pacuan empat-roda dengan kawalan pemanduan elektronik yang memberikan jumlah kilasan mencukupi ke roda belakang, bergantung kepada situasi dan permukaan jalan. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem dinamik kenderaan bersepadu Super All-Wheel Control yang mengaktifkan Active Yaw Control dengan menggunakan sudut stereng, kadar pusingan dan kuasa brek ke gandar belakang supaya mudah dikawal.

Struktur badan Eclipse Cross pula lebih tegar, terima kasih kepada tupang pendakap tiga poin (3-point strut tower brace) dan ikatan struktur di belakang, yang memastikan pengendalian kenderaan bertambah baik dan kestabilan keseluruhan. Eclipse Cross bakal menjengah pasaran Eropah pada musim luruh sebelum membuat kemunculan di Jepun, Amerika Utara, Australia dan lain lain dengan harga dan spesifikasi akan diumumkan apabila hampir dengan hari pelancaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

2018-mitsubishi-eclipse-cross-1 2018-mitsubishi-eclipse-cross-2 2018-mitsubishi-eclipse-cross-4 2018-mitsubishi-eclipse-cross-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply