ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Expander bakal buat kemunculan di Indonesia bulan depan

Views

Pencabar terbaharu dalam segmen MPV kompak untuk pasaran ASEAN, Mitsubishi Expander, bakal membuat kemunculan sulung di Jakarta sempena GIIAS 2017 yang akan berlangsung pada 10-20 Ogos 2017. Model ini adalah versi produksi kepada model konsep Mitsubishi XM dan akan mencabar kedudukan Toyota Avanza, Suzuki Ertiga, Honda BR-V dan Daihatsu Xenia apabila dilancarkan nanti.

Dibangunkan dari pelantar terbaharu, rekabentuk Mitsubishi Expander versi produksi akan mempunyai hampir 80 peratus persamaan dengan model konsepnya. Mitsubishi Expander akan mendapat penjana kuasa 1.5 liter empat-silinder petrol dan dikhabarkan versi ejin diesel dan pacuan empat-roda tiada dalam perancangan. Di Indonesia, Expander akan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan konfigurasi dan bakal dikeluarkan di kilang baharu yang terletak di Bekasi bermula Oktober 2017. Model ini juga bakal dieksport ke negara Eropah.

Versi dengan lencana Nissan juga akan diperkenalkan untuk menggantikan Nissan Grand Livina yang sedang dimamah usia. Pencabar lain seperti Daihatsu juga sedang giat membangunkan model pengganti Terios (D14N) yang bakal dijelmakan semula sebagai SUV kompak tujuh-tempat duduk Perodua pada 2018. Adakah model pengganti Terios (D14N) juga akan dipertontonkan di GIIAS 2017 nanti? Sama-sama kita nantikan! Jika ada, boleh la kita bayangkan macam mana rupa SUV Perodua (D38L).

BACA >> Daihatsu Terios (D14N) generasi baharu bakal dilancarkan pada 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply